Wednesday, January 26, 2011

Cinta Sejati Langit dan Laut...

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. 

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

Wednesday, January 5, 2011

Finalis-finalis Anugerah Juara Lagu 25..

Setelah 3 minggu berturut-turut Muzik-Muzik separuh akhir berlangsung, akhirnya inilah dia 14 lagu yang  layak ke / finalis Anugerah Juara Lagu 25 2010 (AJL 25) atas pilihan juri :-


1. Faizal Tahir - Hanyut

2. Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan

3. Hafiz - Noktah Cinta

4. Black & Meet Uncle Hussin - Drama King

5. Adira - Ku Ada Kamu

6. A.P.I - Pelita

7. Yuna - Cinta Sempurna

8. Tomok - Berlari

9. Black - Sofea Jane

10. Hujan - Mencari Konklusi

11. Faizal Tahir - Selamat Malam

12. Bunkface - Ekstravaganza

13. Stacy - Jahat

14. Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Nampaknya lagu ciptaan Edry KRU mendominasi lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL 25) apabila 3 lagu ciptaannya (Jahat, Ku Ada Kamu, Kebahagian Dalam Perpisahan) layak ke peringkat akhir. 
Yang pasti lagu Drama King by Black & Meet Uncle Hussin tercalon juga...wow!!!

Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu ke 25 2010 (AJL 25) pada 9 Jan 2011 untuk mengetahui lagu mana yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 25...Sekadar hiburan di waktu kesunyian saja...hehehe...
Agak2 korang la lagu mana bakal menjuarai?


Sunday, January 2, 2011

Masih Disini Masih Denganmu By Goliath Band...

Ku pergi hanya sebentar saja
Bukannya untuk menjauhimu
Mencoba 'tuk cari bagaimana
Baiknya untuk berdua
Setelah kuputuskan kembali
Ku pulang mencarimu kekasih
Tetapi kau bukan dirimu lagi
Kau telah jauh berubah
Apakah kau sudah temukan yang baru?

Reff:
Tolong jangan kau katakan
Kau sudah
Jangan-jangan kau pikirkan egomu saja
Aku masih di sini
Biar kau tahu betapa sulitnya aku
Selama ini cintai kamu
Aku masih denganmu

Cobalah kau ingat kembali
Masa-masa indah denganku
Dan jujur apakah semua kini sudah terlambat
Ataukah kau sudah temukan yang baru?