Sunday, March 20, 2011

Kalo stress & mengantuk..inilah caranya..haaaaa....

Ayuh Kwn2...!!cuba ini...

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh
menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan... Kepada mereka
 yang selalu rasa mengantuk angguk2 geleng2...jom ar ikut kucing ni bergoyang!!!hahahaa..... ataupun tengah mengalami tekanan,
Sila ikuti dan lakukan senaman ini..... Selamat Mencuba!!
LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan

badan..relax2.
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

tgn buat mcm ni...
LANGKAH 3
                                                         wa..wa..aaa..wachaaaa!!!
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..jgn berjoget pulak...hahaha
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing

kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira

je..huhuhuhu
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit…

Lakukan seperti kita tiada masalah…pewwit kucing ni..ada gaya!!!
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

mcm org xbetul daa...
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…buat mcm pening2 lalat sikit...sikit lagi rebah..HAHA
LANGKAH 12
Tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

goyang oh goyang!!
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…bt betul2...hahaa

Saturday, March 19, 2011

Jangan menilai seseorang melalui rupa parasnya sahaja..

lelaki hensem vs lelaki x hensem

Kalau lelaki hensem : banyak bercakap
Perempuan akan cakap : petah berbicara dan banyak idea
Kalau lelaki buruk : banyak bercakap
Perempuan akan cakap : memekak je..ingat orang suka ke!

Kalau lelaki hensem : dituduh buat jahat
Perempuan akan kata : itu semua karut!..ada orang sakit ati kat dia tuh!..
Kalau lelaki buruk : dituduh buat jahat
Perempuan akan cakap : memang sah dia yang buat!..muka pun macam pecah rumah!


Kalau lelaki handsome : menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap : wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki buruk : menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata : entah-entah yang ganggu tadi tu.. kawan-kawan dia...

Kalau lelaki handsome : jalan dengan perempuan cantik
Perempuan akan kata : wah..padan sangat...
Kalau lelaki buruk : jalan dengan perempuan cantik
Perempuan akan kata : mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome : ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : jangan sedih...(dalam hati-揵odoh betul perempuan tuh!�)
Kalau lelaki buruk : ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : jangan sedih...(dalam hati -
"padan muka! Ada ati nak bercinta�)

Kalau lelaki handsome : menyayangi binatang
Perempuan akan cakap : perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki buruk : menyayangi binatang
Perempuan akan cakap : sesama spesis memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome : memandu BMW
Perempuan akan cakap : muda-muda dah berjaya.
Kalau lelaki buruk : memandu BMW
Perempuan akan cakap : kalau tak drebar, sahih kereta curik!

Kalau lelaki handsome : tak mau diambil gambarnya
Perempuan akan cakap : dia pasti bimbang kalau-kalau gambarnya dipergunakan
Kalau lelaki buruk : tak mau diambil gambarnya
Perempuan akan kata : dia tau, kalau cuci pun.. mesti tak jadi punya!

Kalau lelaki handsome : terpijak kaki perempuan
Perempuan akan cakap : eh.. tak pe..tak pe..saya yang patut minta maaf..
Kalau lelaki buruk : terpijak kaki perempuan
Perempuan akan kata : oi..buta ke?..celaka..haram jadah..sial..p#@%&*%!!!!...

Moral : jgn menilai seseorang melalui rupa parasnya sahaja.

Friday, March 11, 2011

Khasiat Budu...banyok sengoti weyhh...

Budu begitu sinonim dengan rakyat Kelantan.








    



Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Khasiat

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Budu dan mempelam.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Wednesday, March 9, 2011

Ceritera Hidup: SPM OHH SPM...Kisah Menunggu Result...

Assalamualaikum w.b.t



SPM penentu kehidupan....





MENGGELABAH KER?

Menggelabah x dengar?kita pun sama la dulu..tunggu result saat paling boring...tp bila dekat2 result nak keluar rasa xnak pegi amik..dup..dap..dup..dap jantung berdegup..hehehhe..relax..relax..be cool...katanya...Kalo dpt result gempak rasa nak balik rumah terus jer nak tunjuk kt family...excited kot..hohoho..SPM 2010?result 23 mac 2011 ..xsilap...adik2 dah jemu duk tggu result kan?Insyaallah 10 A+ dlm tangan...amin..

SISTEM GRED DAH BERUBAH...



wow!!gempak kan?smart..kt tepi ada tlis....Mulai thun 2009 sistem gred dlm SPM sama mcm IPTA ler...


KISAHKU BILA DAPAT RESULT SPM 2008

12 Mac 2009

Bangun awal sgt,,saje nk tgk kt MHI TV3 reaksi plajar SPM 2008 menunggu result..haaaa...ma nga akak ckp: awal sungguh deh bangun?bakpo ni?hehehe...xsabo nok g amik result ko?
Aku:hahahaaa...;D.. yolo dos...

10 pg-11 pg

Masih kt umah lg..terbaring tgk tv...berita tv3...pelajar cemerlang...wow!!20 A..10 A...Dup..dap..dap jantung aku ni...ma ckp g amik result nuh...tepat  kul 12.30 tengah hari dtgla kwn2 kt umah...pi...g sekolah cepat...nak amik sijil sekali...

12.45 tengah hari

Sampai jer kt sekolah..tgk kwn2 da ramai menunggu result masing2..bertambah gemuruh aku ni...xberjumpa mcm setahun lamanya berpisah...tggu kt kantin...tunggu dan tunggu...

1.15 petang

Pabila nama dipanggil...ohhhhhhhh
Cikgu:Muhammad Huzaifi...
Aku:hah?hoh?kehh...Bergerak dgn gementar..hehehe
Cikgu: (blum tgk result lg)...Tahniah!!!
Aku: Bakpo ni cikgu?
Cikgu: antara 10 plajar cemerlang SPM 2008 SMK.KEMAHANG..
Aku: HAH???alhamdulilah

amik result dgn serba salah..mcm xbetul kejap..rase mcm sedih pun ada..hahahaa..daa lega habis...Usaha selama ni berbaloi...Walaupun xdpt straight A1 pun tp aku amat bersyukur sgt...Dlm hati ckp pemeriksa silap tanda ka?xsangka...subjek yg selalu dpt teruk tgk2 dpt A..

terus col ma kt umah...perasaan gentar gemuruh dah hilang semuanya..
kwn2 yang lain masing2 membandingkan result...muka ceria2 tu mesti gempak lah...

2.15 ptg

Sampai kt umah..saje wat muka sedih...ckp result teruk..heheheee...dah berpakat dgn ma xyah gtaw akak nga adik...hehehee,..nakal kan...
AKAK: Dapat berapo?
Aku; teruk arrr.......
akak:yoko? (mendapat kepastian)
aku:hahahahhahahahaaa...weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..


Kisah ni memang sangat manis dlm hidupku...mungkin adik2 yang sedang tggu result baca pun mcm lucu pun ada kan...hahahaha...Conclusion..mula2 amik result memang gentar la...semua org akan rasa.tp selepas tu mau tido dgn result jer...mcm2 nak plan..nak sambung ktner ni?Fikirlah yg terbaik erkk...

Terima kasih buat guru-guru yg mengajar dr sekolah rendah smpai menengah...tanpa kalian xmungkin sy berada di menara gading sekarang...


GOOD LUCK!!!













Saturday, March 5, 2011

Sekadar luahan: Hidup banyak pengorbanan....

Kenapa hidup ini terlalu banyak pengorbanan?

        Kenapa hidup ini terlalu banyak pengorbanan…???=(..pengorbanan hati, pengorbanan jiwa, pengorbanan masa, pengorbanan harta n mcm2 pengorbanan utk mendapatkan sesuatu..memang pahit,memang sakit,memang pedih dan memang sedih..tp apa yg sy  pelajari dan ketahui..ALLAH S.W.T  meletakkan dugaan di setiap perjalanan hidup kita..perlu ada ujian setiap apa yg kita inginkan…bukan mudah utk dapatkan sesuatu dalam hidup ini..bahkan nk dapat secebis wang pun perlukan pengorbanan tenaga…apa yg aku telitikan..dalam hidup ini ALLAH S.W.T jdikan semuanya perlukan pengorbanan..jika ALLAH S.W.T tetapkan ‘tiada pengorbanan’..teramat senang la hidup kita,senang aja mendaptkan sesuatu..dan dgn itu kita mudah kufur pada nikmat ALLAH S.W.T,kita akan lupa DIA lah pemberi rezeki,penentu jodoh,ajal dan maut dan kita akan lupa DIA lah Yang Maha Berkuasa menciptakan manusia dan alam semesta…Dengan adanya ‘pengorbanan’..kita akan lebih menghargai sesuatu kerana kita berkorban utk mendapatkan sesuatu,dan kita akan meminta kepada ALLAH S.W.T supaya dipermudahkan jalan untuk mendapatkan sesuatu..dgn itu,kita akan sentiasa mengingati ALLAH S.W.T,memohon,merayu menangis dan sujud menghadap-NYA…Dengan adanya perngorbanan kita lebih dekat denganNYA..ALLAH S.W.T rindukan rayuan n permintaan hamba2NYA..oleh itu ALLAH S.W.T mengirimkan sedikit ‘belaian’ sebagai petunjuk n peringatan agar kita sentiasa mengingatinya..beruntung la jika kita selalu mendapat belaianNYA....Alhamdulillah =)



Hampir2 mati kekecewaan..
Hampir2 hancur hati kesedihan..
Tetapi lumrah hidup..
Adakalanya kita di atas.. 
Adakalanya kita di bawah..
Tinggalkan benda or perkara yang menyesakkan hati..
Lepaskan orang2 yang x kenal erti nak menghargai..
Masih ada ramai orang2 yang tahu menghargai..
Kalaulah mungkin tiada yang menghargai anda..
Teruskan perjalanan.. teruskan perjuangan..
Kita masih ada impian yang perlu kita capai..
Don't ask Allah S.W.T to make your life easier..
Ask Allah S.W.T to make you a STRONGER PERSON..
Teruskan tersenyum..
Senyum xperlu kata apa-apa....:D