Tuesday, February 25, 2014

MUSUH JANGAN DICARI, BERSUA JANGAN DIELAKKAN


Assalamualaikum..w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers..

Renungan oh sekadar renungan..aku yg suka berbicara...


Entri kali ni adalah sekadar renungan & perkongsian bersama dlm meniti kehidupan seharian..Kenapa perlu bermusuh?Yaa..sy akui dalam kehidupan ini sebagai manusia kita sering berhadapan dengan perkara yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi..xsemua suka dgn cara dan tingkah laku..susah utk puaskan hati semua org..Lalu kita terfikir dan merenung sejenak " Sampai bila harus bermusuh, yg tidak memberi apa2 kebaikan malahan akn dpt balasan & kemurkaan drp Allah S.W.T?.."Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" usah dengki dan benci-membenci antara satu sama lain..Perkara itu hanya sia-sia saja..lg dilayan lagi sakit hati....Manusia punya "combination" dan keserasian tersendiri..Kadang2 rasa keserasian akan pudar jika dilayan dengan hati yg terlalu ego dan meninggi diri..





Namun jika ditakdirkan kita bertemu dengan musuh maka bertahanlah dan jangan mudah menyerah kalah. Bersabarlah dan mohonlah kekuatan daripada Allah SWT semoga kita berada di pihak yang benar. Ketahuilah, bahwasanya pergaulan baik itu adalah buah daripada kemurniaan budi pekerti, manakala perpecahan pula merupakan buah daripada kejelekan budi pekerti. Maka kebaikan dan kemurniaan budi pekerti itu menelurkan sikap saling cinta mencintai, bersatu-padu antara satu sama dengan yang lain dan berhaluan satu, manakala kejelekan budi pekerti membuahkan sikap saling benci-membenci, dengki antara satu dengan yang lain dan bermusuh-musuhan

Oleh itu  sentiasa berhati-hati dan jangan sengaja melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan orang lain atau dengan perkataan lain jangan kita sengaja mencari musuh kerana ia menunjukkan sikap diri kita yang sombong dan bongkak.

                                    Renungan Sekadar Renungan..Aku Yang Suka Berbicara



SAHABAT OH SAHABAT?

Assalamualaikum..w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers..

Renungan oh sekadar renungan..aku yg suka berbicara...


Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.

Monday, February 24, 2014

Program Perancangan Bandar & Wilayah

Assalamualaikum..w.b.t

Sebut sahaja bidang perancangan bandar dan wilayah..mungkin ramai diantara kita yang belum tahu dan jarang dengar..Profesion perancangan bandar dan wilayah adalah berkait rapat dengan perancangan, merekabentuk dan mengurus persekitaran dibina. Ia adalah antara disiplin dalam alam semula jadi dan mengintegrasikan kedua-dua seni dan sains mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik dalam persekitaran yang mampan. Di peringkat tempatan profesion berkaitan dengan perancangan dan bentuk kawasan-kawasan perumahan, pekan dan bandar-bandar. Sebaliknya, profesion ini memberi tumpuan kepada perancangan strategik dan struktur di peringkat serantau dan nasional. Profesion ini juga bertujuan untuk mengimbangi antara masyarakat dan persekitaran dengan mengurus perkembangan melalui dasar, strategi dan pelan.

Program Perancangan Bandar dan Wilayah menekankan teknikal, strategik dan generik kemahiran yang dituntut perancang. Pelajar dipupuk dengan pengetahuan mengenai prinsip-prinsip perancangan, kreativiti dalam mereka bentuk dan penyelesaian masalah, pemikiran analitikal dan strategik, serta kecekapan dalam penyelidikan dan amalan. Program ini memberi tumpuan kepada pendidikan dan latihan perancang seperti yang digariskan oleh Akta 538, Akta Perancang Bandar (1995), mampu melaksanakan tugas-tugas seperti yang dikehendaki oleh Akta 172, Akta Perancangan Bandar dan Desa (1976) (dan pindaan yang dibuat pada tahun 1995 dan 2001). Program ini direka untuk siswazah perancang bandar masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek pembangunan, alam sekitar, teknologi maklumat, infrastruktur, pengurusan serta institusi dan undang-undang.
Peluang pekerjaan bagi graduan program ini boleh didapati dengan meluas dalam sektor awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam sektor awam, graduan adalah layak untuk diambil bekerja sebagai perancang di agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Jabatan Lanskap Negara dan pihak berkuasa tempatan. Dalam sektor swasta, siswazah adalah layak untuk bekerja dalam merancang firma perundingan, pemaju hartanah, firma pengurusan projek dan syarikat-syarikat pembinaan. Peluang-peluang lain untuk siswazah adalah untuk menjadi seorang ahli akademik atau bekerja dengan NGO yang memberi tumpuan kepada masyarakat dan alam sekitar.

Dalam Mihrab Cinta

Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya
Karena cinta ku ikhlaskan
Segalanya kepadanya
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga

Jodoh Pasti Bertemu

Andai engkau tau betapa ku mencinta
selalu menjadikanmu isi dalam doaku
ku tahu tak mudah menjadi yang kau minta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu

andai engkau tahu betapa ku mencinta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

(ku tuliskan dinadiku, kau yang tercipta untukku, akan memilikimu)

ooooo
jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu 
(jika aku bukan jalanmu)
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu..
.

Sunday, February 23, 2014

Kami Last Semester!Final Year!



Best Moments l Malam Anugerah Sinar Keunggulan Rahman Putra 2012



Jodoh usah mencari yang sempurna?

Assalamualaikum..w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers..

Renungan oh sekadar renungan..aku yg suka berbicara...



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...






Bila sayang pada si dia, sayangilah sekadar saja
Kerana mungkin di hari muka, kau akan membencinya pula
Rasa sayang dalam manusia, sentiasa diduga
Kekadang berubah, membawa nestapa, bersederhanalah


Bila benci pada si dia, bencilah sekadar sahaja
Kerana mungkin di hari muka, kau kan menyayangnya semula
Beginilah jiwa manusia, penuh pancaroba
Sentiasa tertanya, arahnya ke mana, nasibnya di dunia..



Renungan oh renungan..Aku yg Berbicara

HUZAIFI

D.A.M.I.A l KID'S POTRAITURE




IEFA + YIE l Pre Wedding Story 2014












Aiza Solemnization Story (Cousin) Photo By VR Lensa Photography




                           






                            










KELEBIHAN MINUM AIR MASAK?

Assalamualaikum..wb.t..

Kali ni nak share sedikit kelebihan minum air kosong..nampak simple...tp ingt xbleh amik mudah..Brapa ramai derita sakit buah pinggang disebabkan xmengambil jumlah air yg secukupnya setiap hari..hmmmm...beringat sebelum kena...

Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak keterlaluan jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% permukaan bumi adalah air.
Sejarah juga telah menunjukkan, terbentuknya tamadun-tamadun besar adalah disebabkan oleh air. Wujudnya tamadun Mesapotamia adalah disebabkan wujudnya Sungai Tigris, manakala hidupnya tamadun Mesir kuno adalah disebabkan hidupnya Sungai Nil yang sentiasa mengalir sepanjang tahun tanpa henti. Ia merupakan asas keperluan nombor satu manusia! Kita mungkin boleh hidup selama sebulan tanpa makanan, tetapi tanpa air, kita mungkin akan mati tak sampai seminggu!
Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.
1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).
2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.
4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.
7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.
8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.
10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

Final Year!Last Sem!

Assalamualaikum..hai semua..

Fuhh...dah lama xupdate blog ni...bersarang kalinya..hihi..maklumla bz dengan final year ni..xlama lg bakal menamatkan Ijazah di UTM..semoga dipermudahkan...3 bulan lg..terus tabah dan sabar..result sem lepas alhamdulilah..mampu bersyukur padamu Ya Allah S.W.T..lebih baik dari sem sebelumnya..Tp pegang dgn kata2 lecturerku " Jangan dikejar pointer, sebaliknya kejarlah apa yg kamu akan dapat"...Faham?

Manfaatkan ilmu yg dapat utk hari2 akan datang..Dlm kepala ni mcm2 dah duk fikir?Lpasni nk buat ape yea?Kerja,Kahwin..opssss..sambung master?..Hmmm..bingung dibuatnyaaa...InsyaAllah lpas ni sy akan usaha ceburkan diri dlm bisness sendiri..noktah!Angan2 menggunung tinggi jgn diragui...kamu berhak seperti org lain juga!..huhuhu...