Wednesday, June 29, 2011

BERUBAHLAH utk PERUBAHAN!!


Salam perkongsian untuk semua. Semoga sihat sejahtera dan berbahagia di dalam lindunganNYA.
- Percaya atau tidak, kebolehan kita untuk mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri kita. Ini bermakna semakin kita yakin terhadap diri kita serta masa hadapan kita, maka lebih terbukalah kejayaan untuk kita. Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.
- Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena berubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik.Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.
- Mulai hari ini, ubahlah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tidak mengubah sikap dan tindakan kita menjadi sikap dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang terbaik.
- Jadi apa kata kita luangkan sedikit masa untuk kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata dan lihatlah pada diri masing-masing. Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita? Masih belum terlambat dan terlewat untuk kita berubah..BERUBAHLAH UNTUK PERUBAHAN!!LIFE MUST GO ON...

Tuesday, June 28, 2011

Terima saja....mungkin ada hikmahnyer...

Salam semua...

 Dilahirkan sebagai Perancang Bandar? ooohh,sama sekali aku xterfikir pun kerjaya seperti ini....Dapat jer kos perancangan Bandar & Wilayah..terus pergi..tanpa berfikir panjang lg..mood belajar lpas SPM 2008 jer membuak-buak..konon2 nk masuk universiti..dah lame cita2 tu tertanam dalam hati ini..Cikgu sekolah selalu berpesan.. Belajar biarlah masuk Universiti ye..banggakan kedua-dua ibubapa kamu…ok!!


No Kad Pengenalan / My Kad
:
91071903****

TAHNIAH! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD
:
T2340
NAMA PROGRAM PENGAJIAN
:
DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH 
IPTA
:
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
SURAT TAWARAN
:

(Klik URL SURAT TAWARAN di atas untuk mendapatkan Surat Tawaran IPTA)

    Lebih kurang mcm nilah mase mula2 check kat semakan ke IPTA 2009…alamakkk…xdapat juga kos undang-undang kat UIAM…sedih arrrr…apa itu perancangan Bandar & wilayah?just rancang2 bandar ke?dlm hati ni mcm2 nk taw gak..bgtaw jelaa ma kt umah…ma ckp..bagus tu epi..nanti bleh jd D.O or Datuk Bandar..Wahhh!!yeker…xtaw pun..ermm...mula2 xnak pergi..sbb xdapat kos undang-undang..mana tidaknya dari kecil lg cita-cita sebagai peguam..ermmm..kenapa x dapat?memang sedih xdapat..tp nk bt cmner kan…KANNNNNNNN..KANNNNN..LAME2 K.O AKU...FUHHHHH!!


   Sebenarnya bidang ini sgt mencabar..mana tidaknya…semuanya kena belajar..belajar cara2 membaca peta,bt layout pembangunan manual or autocad..lukis2 ada la jgk..tp xla mcm arkitek sgt..yg penting kena rujuk piawaian perancangan..ooh..oh my god..kena hafal ke??yelaa..lecturer ak suka tanya spontan ni..heeeee..jarak rumah kedai berapa?depan rumah berapa?oh my godd....salah!!hahaha..


   Bab2 melukis tu memang ak minat sgt....just sketching bangunan…..tp stress sampai xtdo mlm tu xblehlaa..hahaha…mana xnya..dari sekolah rendah sampai menengah ak xpernah xtdo sampai 3 hari berturut-turut..arggghhh..amat stress..pejam celik-pejam celik..waaaa..sekarang ak sudah berada di tahun 3 ..pelajar senior....pelajar tahun akhir!!yeahhh..sekarang sedang menjalani latihan praktikal di JABATAN PERANCANGAN BANDAR, DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR...5 bulan di sana…

CER CITE CER CITE KAT TEMPAT PRAKTIKAL ANDA!!

   Mula melapor diri pd 1 JUN 2011…hari pertama xdela keja sgt..just kenal2 dgn penyelia dulu..staff2 kat sana…tp ak cari jer student praktikal sebaya aku ni..tp xdelaaa..adess…ak ditempatkan di Jabatan Perancang Bandar Tingkat 9 under Encik Eddy..staff kat sana sebaya my parents jer..cmner ni…haishhh…mula2 segan nk tegur..tp ak memberanikan diri jer…ak ni malu2 sikit orgnyer....hahahaa,,tmbah2 ngan makcik2..hahahaaa..ye2 la ko epi…start hari kedua dapatlah Fail…bt report yer Muhammad Huzaifi…aishhh..report?report ape erkk..report LPP…Report LCP ka?notlaaa..LPP…Laporan Penilaian Perancangan..ermm..mulalah tanya staff2 n penyelia kat sana…setelah ditunjuk ajar..bolehlaa…slow2 jelaa...xterer sgt pun....


   Hari kedua tuela ak pi site…Keje or praktikal kat government ni xde keje ker??…yelaaa…xde..sape ckp??..ni tgk buktinya..fail bertimbun-timbun seminggu kena proses…ermm..tp yg pentingnya sem ni ak xde asgment jer..tuela yg bestnya!!..hahahaa..mlm2 leh enjoy jaa..on9 la keje..hari minggu kuar mana?tgk wayang..shopping..hanging out with my friends!!sem ni laa paling enjoy…yeahhhh…!!


Fuhh..bertimbun-timbun fail kan..


Bos ckp keje kamu sampai akhir just proses report LPP n GIS....bila nk ajar RSN,RKK?




Jadilah diri sendiri....

Jika kau tak dapat menjadi meranti di puncak bukit 
Jadilah aur di lembah,tapi jadilah aur yang teranggun di sisi bukit 
Kalau bukan pokok, aur sajapun jadilah 
Jika kau tidak boleh menjadi rimbun, jadilah rumput 
Dan hiasilah jalan-jalan dimana-mana 
Jika kau tidak dapat menjadi haruan, jadilah sepat 
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya 
Bukan semua boleh menjadi nakhoda, 
Lainnya harus mengikut saja 
Pasti ada sesuatu untu semua. Kerana 
Ada tugas yang berat, dan ada tugas yang ringan 
Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan 
Jika kau tidak dapat menjadi bulan, jadilah bintang 
Jika kau tidak boleh menjadi jagung, jadilah keledek 
Bukannya mengikut besar kau kalah ataupun menang 
Jadilah dirimu sendiri yang terbaik..

Yakin pada diri..chayook!!!