Wednesday, August 24, 2011

Bila raya tiba lagi....MOOD RAYA JER!

ASSALAMUALAIKUM..W.B.T


Kali ni nk cerita pasal raya jer..mood raya jer lebih ni…

Perkara menjadi kewajipan di hari raya or menjelang raya?
JOM KITA TERJAHHHHHHHHHHHHH!

Shopping sakan

Cer tgk..sesak kan..Jalan TAR..memang sesak..mcm2 ada..sampai nk jalan pun susah…last2 sekali amik jln shortcut kaki lima jer…cara senang dan selamat utk  mereka yg mau berkunjung di Jalan TAR..boleh?

Awas utk mereka yg panas baran  dan cepat marah..memg xsabar laa...

pilihlah mana satu idaman kalbu!

suka cuci mata?oklaaaaaa....





Mercun Raya & Bunga api

Yg ni mesti laa…mlm raya of course meletoop kuat laa..satu family main mercun dan bunga api..best kannn..jgn lupa…Peristiwa mercun raya 1998?ermmm..adalaaaaa….



elok2 kang kena tangan...xraya nanti..


Kuih raya…

Ermm…blum tiba raya lg..tp kuih yg beli hari tu..dah habis sudaahh..haha..sape mkn ntah..xpe nanti raya bolehla meranggos byk2..sekarang xramai buat kuih raya…semua yg siap sedia..


cam sedapp jer..uishhhhh...




Ang pau raya


  HAHA..sape nk bg duit raya tu..murah2kan hati yerr..yg ni kanak2 bolehlaaa..tp org dewasa xterkecuali jgk..asal xberkerja lagi..oklaa..zaman kecik2 kita dpt duit raya..bila dah besar kita yg bg duit raya pulak yeaa...HUHU


Sampul raya yg unik...nk tipu kanak2 ok laaa...=)


Rumah Raya?

Rumah dihias menyala-nyala..mlm2 comfirm lawa….langsir ditukar..perabot2 nk baru..setahun sekali..

Lagu raya?
Satu hari di hari raya..2 hari pun hari raya..satu hari xsah kalo xdgr lagu raya ni..





Tuesday, August 9, 2011

# Jom belajar loghat Kelate dgn mudah!

KEUNIKAN NEGERI KELANTAN
Salam...

Ambo nk share la sikit keunikan negeri kelantan ni. Selain dari bahasa yang unik, ada banyok bendo unik di Kelantan ini.









Tok Bide – bidan.
Tok Hngulu – Penghulu.
Tok Ggawo – Penggawa.
Tok Llaki – suami. Oh Abe~~~
Tok Tuwo – mentua.
Tok Pek – Apek.
Tok Char – sami
Tok Wok – gemuloh Chek kawe. Hahaha.
Tok Sekhkkhkh – yg jual kapet naik moto masuk kampung.
Tok Peraih – peraih.
Tok Bok – nama sebuah tempat di Machang.
Tok Kong Tonggek – taktau sapa. Tapi femes la dia ni...kat Kelate org duk bese sebut jame tok kong tonggek...ak rase la maybe ada tokong sedang duduk nonggeng cmtu!



2. Banyak makanan pelik.

- Tahik itik.



                Nie lah kuih tahik itik...jgn kerana nama segan nk mkn pulak..best rase dia..mau coba aja bah!

- Lebe bewok.
- Butir nako.
- Woh kekoh char.
                                                    Tmpat lain panggil Buah Melaka kannnnnnn....



3. Perkataan yg mencarut di negeri/tempat lain:
p/s: Jgn salah faham..lain negeri... lain bahasa...lain maksud...

- Kote – kalo dalam dialek kelate, kote maksudnya tua. Biasa direfer pada kelapa. “Awe weh, acu ambik nyor kote tu sebutir, Ma nokwat ggular ni.

- Patat – maksudnya dasar. “Wak kopi lagu mano ni gulo bbolok patat gelah”. 

4. Perkataan berganding dengan nama binatang:

Gugha bewok – gurauan yg kurang senonoh “Baso ni nyo wat gugha bewok gitu”.
Selok kero – keadaan kalau kantoi “Sudoh doh la, selok kero doh kito kali ni. Abah tahu kito curi pitih dio”.
Kuba bala – menyeranah secara manja-manja “Baso ni, kuba bala la… Aku dok tunggu mu 15 jae dop sapa2, lepo2 nyo gi tido!”

5. Perkataan yang susah di translet:

Kembae – ayat “Mu nok make ko mugo ni? Dopleh aku, kembae beraso”.
Jangok – ayat “Jangok weh Kak Yah tu nokgi mano?”
Kiyya – ayat “Dopsey la aku lalu depe Ronaldino tu, aku kiyya~”
Kemah! – ayat “Bulih no. 1? Kemah!!!”

6. Perkataan banyak makna:

- SsumbakTersumbat/sumbat

1) “Ssumbak doh eh sing ni. Baru jah bekki kemaring”.
"Sinki ni tersumbat sudah...baru sahaja dibaiki semalam"

2) “Aku kato gi KB Mall, nyo gi Tesco. Ssumbak molek”.
" Aku ckp pergi KB Mall, dia pergi Tesco..

- SseroRasa untuk sesuatu makanan/Terasa hati


1) “Dop ssero gapo2 pom gular ayae ni. Mu boh gare doh ko ni?”
" Tak rasa ape2 pun gulai ayam ni. Kamu dah taruk garam belum?"


2) “Aku ssero la nger Minah tu. Bedooh lalu kato kakku gitu”.
" Aku terasa hati la ngan Minah tu. Sampai hati ckp aku begitu"


3) “Mu ssero kae, sapo benae tanding bola male ni?”
"Kamu rasa kan,sape yg menang dlm perlawanan bola mlm ni?"


Selok – Mengunci/kantoi yg amat

1)”Acu selok pitu tu gak Malik”
"Malik,tolong kunci pintu kejap"

 2) “Selok kito kali ni, lagu dop berapo nok jjadi padi tahong ni”.
"Sudahlah kita sekali ni, padi xberapa nk menjadi pd tahun ni"

Mugo –Sesuatu/perkara

 1) “Nako ni keno bukuh takuknyo make mmugo”
"Nangka ini perlu dibungkus, bimbang dimakan sesuatu "(lebih merujuk kpd haiwan spt Tupai,rama2 dll)

2) “Aku oyak mugo senghoti ni”
" Aku ckp/beritahu benda betul ni"


7. Perkataan maksud lain di negeri/tempat lain:

Nakal (disebut naka) – lucu, lawak, kelakar.
Pelam – eh? ehehehehe.
Darat (disebut daghak) – jakun, org hulu sat taktau datang dari planet mana.

8. Benda2 yang associate dengan orang Kelantan:

Lawa – bolehla… tumpang tuah hihihi.
Makanan manis2.
Negeri ‘sejuk’.

Selamat mencuba

Jange belit lidoh sudohla adik kakok wehhhh....


Monday, August 8, 2011

Kelebihan Bersahur

Assalamualaikum...Salam Ramadhan...


Bersahur adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahurr itu ada berkat.(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”


Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: 
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)

Thursday, August 4, 2011

Jom berhibur...Lagu Spongebob versi Kelate!


                        
Ready dok budok-budokk?
Ho laa, keptenn!
Gaaapo diiiooooo?
HO LAA, KEPTEN!
ooo..Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar Kkotok!
Sene meresap bewarno kuninggg.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar Kkotok!
Pah mari la pakat nnopat supo ike.
Spongebob Sluar Kkotok! Ready?
Spongebob Sluar Kkotok,(3x)
Spongebobbb Sluar Kkotokkkkkkk.