Kali ni nak kongsi serba sedikit cara nak semak keputusan bantuan utk permohonan MAIK..Hanya klik di link bawah ini..paparan akan dikeluarkan..
Wednesday, October 30, 2013
SEMAKAN BANTUAN MAIK
Assalamualaikum..w.b.t
Kali ni nak kongsi serba sedikit cara nak semak keputusan bantuan utk permohonan MAIK..Hanya klik di link bawah ini..paparan akan dikeluarkan..
Kali ni nak kongsi serba sedikit cara nak semak keputusan bantuan utk permohonan MAIK..Hanya klik di link bawah ini..paparan akan dikeluarkan..
Monday, October 7, 2013
SEJARAH PENUBUHAN FELDA
Assalamualaikum..
Salam Satu Malaysia..
Salam Sanjungan Bangsa..
Salam Satu Malaysia..
Salam Sanjungan Bangsa..
FELDA
diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956)
dikuatkuasakan.Modal permulaannya RM10
juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka
di Ayer Lanas pada 1957 . Pada
tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka.Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga
yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah
Jabatan Perdana Menteri FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk
dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang
berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang
maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula
menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar.
Pada tahun 1961,
petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah.
Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA
tertumpu kepada kelapa sawit.
FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia,
manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan
tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.
Fenomena yang dihadapi oleh para peneroka FELDA akhir-akhir ini adalah
berhubung dengan struktur pendapatan mereka.. Hal ini amat ketara melanda
golongan peneroka bukan sahaja di peringkat
negeri malah meliputi peneroka di seluruh negara. Seterusnya ia akan
menjejaskan pola dan taraf sosio ekonomi mereka. FELDA yang
dipertanggungjawabkan dalam menangani
permasalahan ini mula mengakui hakikat
bahawa taraf sosio ekonomi peneroka masih
berbeza berbanding sebagaimana yang mereka kecapi pada ketika awal 1980an lalu. Adakah FELDA. telah gagal dan kian tidak
berupaya mengatasi masalah tersebut Hal
ini jelas membebankan kehidupan mereka.
REMAJA & JERAWAT?
Assalamualaikum..
Salam Sanjungan Bangsa..
Salam Sanjungan Bangsa..
Entry kali ni pasal Jerawat..Jerawat mengurangkan keyakinan diri?betul ke?Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia.
Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian. Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.
Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.
Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit.
Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut. Tetapi ramai tersalah anggap yang gejala jerawat berpunca daripada penyakit resdung yang dihidapi oleh kebanyakkan orang. Maaf saya katakan tapi ianya tidak benar sama sekali.
Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun temurun. Simptom penyakit resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat. Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan kegatalan.
Apabila kita menggaru kulit muka kita dengan kuku, barulah ia menjadi punca jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka. Maknanya, anda tidak boleh mengubati jerawat dengan melakukan rawatan resdung kerana ia adalah dua penyakit yang berbeza.
Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.
Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?
- Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.
- Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
- Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
- Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
- Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
- Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.
- Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.
Thursday, September 5, 2013
Wednesday, September 4, 2013
Tuesday, September 3, 2013
Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27?
Assalamualaikum w.b.t
Salam Satu Malaysia
Salam Sanjungan Bangsa
Hai semua…Entry
post kali ni pasal SPA8..Haritu after je tamat diploma then menunggu panggilan degree.. aku main2 isi je kt borang on9 SPA8..tup2 tgk
dipanggil temuduga..mcm2 bermain di fikiran..nk fikir kena habiskan degree
dulu..satu dlm 2 rsenya..ada yg menyokong suruh pi..xrmai jugak yg suruh aku
habiskan degree dulu..tp ada jugak yg suruh aku mencuba saja… amik pengalaman
katanye..Penolong Pegawai Tadbir N27?Mcm best didengar tp skop bidang kerja aku
kurang jelas lg..yelaa..aku masih mentah dan perlu belajar dan belajar lg..tatkala
ada pulak yg ckp “habiskan degree dulu ..setahun tu tak lama sgt”..Org laki
sekarang biar ada degree nk support anak bini” ktanyee..muda lg..umur 22
tahun..keje ko kena belaja & abiskan ijazah dulu…” (sambil mengangguk-angguk kepala)
Kalau di total
kan dah 6 kali aku tolak panggilan temuduga SPA8..xblack list ker?dah call
putrajaya then diorang ckp xhadir temuduga xpe.tp kalo dah dpt tawaran tu then
xlapor diri baru dikira blacklist...Berpegang pada rezeki yg Allah S.W.T
berikan...semua ada hikmahNya tersendiri..percaya pada takdir & hikmah...”BELAJAR
SELAGI TERMAMPU, BEKERJA SELAGI TERDAYA”
" Setiap manusia rezeki tidak sama, ada yg dapat kerja awal, ada yg dapat jodoh awal, ada yg dpt peluang sambung belajar tinggi, ada yg murah rezeki, sentiasa untung, cukup semua keperluan dan bermacam2 lg yg Allah S.W.T berikan..tp jgn sombong, sbb itu hanya pinjaman dan pemilik sebenar adalah Allah S.W.T.."
#Ingat..kesenangan juga adalah suatu dugaan..
Saturday, August 24, 2013
F.O.T.O l Mia Sara Nasuha
Assalamualaikum..w.b.t
Hai semua..Nama sy Mia Sara Nasuha..umur bru masuk 2 tahun..ari ni sy kena paksa amik gmbar oleh uncle sy..haaaaaaa...
P/s: Sekadar meluangkan masa melayan kerenah ank sedara..Hakikatnye Mia mudah disuruh dan sporting bergambar!:)
Hai semua..Nama sy Mia Sara Nasuha..umur bru masuk 2 tahun..ari ni sy kena paksa amik gmbar oleh uncle sy..haaaaaaa...
Cakkk! |
posingggg |
Hello! |
Ape daaa |
:) |
Gaya ape ni Mia? |
Mia saraa |
tata,,see u again.. |
Thursday, August 22, 2013
KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI?
Latihan
industri bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada siswa
tentang berbagai aspek. Diantara objektif utama latihan industri adalah :
ü Membolehkan
siswa melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan selain daripada
pelajaran teori yang dipelajari didalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan
memberukan satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempratikkan
pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas.
ü Membolehkan
siswa mengenali melalui pengelibatan secara langsung dalam berbagai-bagai aspek
seperti konsep perancangan, reka bentuk, pembinaan dan pertadbiran projek.
ü Mendedahkan
kepada siswa mengenai keadaan tapak yang sebenarnya iaitu yang melibatkan
kerja-kerja di tapak yang berkemungkinan terletak di pendalaman yang sangat
mencabar, tidak seperti kerja-kerja pejabat sahaja.
ü Untuk
mendedahkan siswa kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat latihan
dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut.
ü Latihan industri ini juga memberi peluang melatih siswa menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang ditulis itu tentunya akan menjadi latihan yang terpenting bagi kerjaya mereka di masa depan.
ü Latihan industri ini juga memberi peluang melatih siswa menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang ditulis itu tentunya akan menjadi latihan yang terpenting bagi kerjaya mereka di masa depan.
Tuesday, August 13, 2013
MY SIS ENGAGEMENT DAY 2013
Hai semua..raya kt Kelantan..phewwit..suka n meriah kot..mcm2 berlaku..Ok2..dikesempatan ni masih belum terlambat lg nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin sekiranya terkasar or terguris smuaala yea..11 Ogos 2013 baru2 ni..sempat shoot my sis utk majlis pertunangan dia..Hasilnye xde gempak sgt pun..sy budak baru blaja kalau salah tolong tunjukkan yea..
One Step Closer! |
Lensa Photography |
ONE STEP CLOSER |
Subscribe to:
Posts (Atom)