Wednesday, July 31, 2013

RESULT SEMESTER 6 (TAHUN 3) SUDAH KELUAR!!

Assalamualaikum..
Salam Satu Malaysia
Salam Sanjungan Bangsa...

Alhamdulilah..result utk semester ini..wlaupun xcemerlang sgt,,tp mampu bersyukur..dpt maintain pun dah ok..skrang ada 2 sem lagi before graduate!Selamat Datang Tahun 4!Tahun akhir..memikir tanggungjawab yg perlu dibuat..Tesissssssssss...

P/s: Mood excited melangkah ke tahun 4..Mau cepat2 habis belajar utk degree ni..:)

Kenapa Latihan Industri Perlu?

Assalamuaikum..
Salam Satu Malaysia..
Salam Sanjungan Bangsa...

Kali ni kita share pulak kenapa perlunya latihan industri..apa pentingnya? Ok, sebenarnya latihan industri merupakan salah satu daripada elemen pembelajaran yang wajib dijalankan oleh pelajar universiti yang berkaitan. Namun, tidak semua bidang pembelajaran memerlukan pelajarnya menjalankan latihan industri. Latihan industri ini sememangnya bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada siswa tentang pelbagai aspek. Pelajar Sarjana Muda  Perancangan Bandar Dan Wilayah seperti saya sememangnya ditetapkan untuk meneruskan proses pembelajaran dengan melakukan latihan praktikal selama tiga bulan sbyak 2 kali.

Menjalani latihan industri ini sebenarnya banyak memberi pengalaman baru dan pengetahuan yang bervariasi dalam dunia pekerjaan sebenar fokus kepada bidang yang diceburi khususnya. Selain itu juga para pelajar juga didedahkan dengan etika semasa berkerja.  Latihan Industri bertujuan untuk mendedahkan pelajar situasi sebenar alam pekerjaan dan etika pengurusan bekerja serta bagaimana untuk mempraktikkan pembelajaran dalam kuliah dan bidang kerja sebenar.

Latihan Industri ini banyak memberi manfaat terutamanya dalam persediaan mental, emosi, etika kerja, disiplin dan pengurusan masa. Elemen-elemen ini penting dalam membentuk keperibadian dan juga menjaga nama baik universiti dimata masyarakat luar. Laporan Industri pula dihasilkan bagi mejadi bukti dan rujukan tambahan terhadap kerjakerja yang telah dilakukan. Di dalam laporan ini terkandung setiap kerja dan tugasan yang diberikan semasa menjalani latihan selain bahan ilmiah yang diperolehi sepanjang menjalani praktikal. Laporan ini dapat menilai para pelajar terhadap dedikasi semasa latihan dijalankan.

P/s: Happy Practical..Be the best among the very best!