Wednesday, April 20, 2011

Khasiat buah betik...Moh kite bace lg yob!!




Moh kite bace lg yob!!


Anda suka memakan buah betik? Tahukah anda buah yang amat mudah ditemui di negara-negara tropika ini ternyata mengandungi khasiat yang ajaib, terutama untuk perempuan. Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, papaya juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu.
Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.


Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar.

Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan. Bagi keluarga yang memiliki halaman yang agak luas adalah lebih baik menanam sendiri tumbuhan ini. Sambil berbakti kepada tanah kita dapat mengekalkan kesihatan diri dan keluarga.







Tuesday, April 19, 2011

Menghadapi Final Exam..Moh ler kita bace same2 yob!!

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua..lame xupdate blog sbb busy dgn final exam la ni...Now, sedia maklumlah..final exam datang lagi..musim plajar2 U exam sekarang...agi idup agi ngelaban...mcm2 lah status kt facebook, wall..stress ler..ermm..muntahkanlah balik apa yg sy ajar..kata lecturer ku..Sem depan ni rindok ati nga kwn2 ler..6 bulan balik rumah...praktikal kt rumah!!bestnyer...Jgn beri dalih tp kata boleh!!!chayook..exam ni jd senang kalo belajar...susah kalo malas...jwbnyer dlm test nanti lor...semua org pnah rase kot..aku pun pernah  lah...

Jawab Jangan XJawab..



EXAM PUN ADA DEMAM LER..

 Ate..teman rase bukan demam bola jer ada..exam pun ada..cmner tu ek...cer cite..cer cite...okeh..demam exam teman rase la mcm demam mlm kot..hhaahaa..demam exam?tido dgn exam?mandi dgn exam?pikirin exam aja...auklah!!meme gitu dos..yolo dos..

MOH LER KITE BACE SAME2 YOB...

Ni ada ler tips-tips menghadapi exam...Moh ler kita baca same yer..jangan panic...kalau aku ceritain pasti kalian enggak akn percaya..


Sepuluh Tip Untuk Membantu Anda Dalam Peperiksaan:

Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

Tenang dan percayakan diri anda.

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.


Bersantailah tapi berhati-hati.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.


Bayangkan soalan-soalan terlebih dahulu.

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.


Jawab soalan secara strategik.

Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

- soalan paling sukar,
- yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.
- Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.

Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu...kalau soalan esei laa..

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu...Lecturer selalu cakap camni...esei korang tulis apa2..bolehla jugak bagi markah kan..kalo salah cmner tu?haaaa...

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda.

 Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersipakan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.



GOOD LUCK yobb!!!

Friday, April 8, 2011

First Day at the University..


LOCATION: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR ( UTMKL)





  
There was no one there that I had known during the orientation days..

      I think that it is good for me to talk about my university life. I want to focus on an aspect this time. 






      It has been over two years now since my first day as a student in the university, but the memories of that first day still is very clear up to now!! Do you remember your first day in the university? Well, I remember my first day I was waiting all the summer to enter at the university.




    I felt excited and at the same time I was very nervous because it was my first day in the university and I didn't know any person. My first day in the university was good.  I didn't know how to arrive to my classroom. I was lost and I had to ask one person about the building where I was going to take classes. This person was very nice and told me the right direction. I walked to the building, and when I arrived I saw some people and I felt strange..(pelik sungguh orgnyer) .I am always going to remember that day because I had the opportunity to meet more people and the most important I met the best friends that I have ever had...Muhammad Bukhari and Imran Nordin from Sabah... 



     Finally, I think that it is natural that on the first day we feel nervous, but the things always have a happy ending, that's why I say that my first day in the university was very good...Alhamdulilah..;)

Monday, April 4, 2011

# Kenalkah kita pada diri kita sendiri?



Semua orang impikan kejayaan dalam setiap apa perkara yang dilakukan sekalipun. Tiada siapa dalam dunia ni yang inginkan kegagalan dalam hidup kerana manusia hidup harus mempunyai matlamat.  Berusaha kenali diri dan bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik demi mencapai matlamat hidup masing-masing:
  1. Niat biar jelas – Jangan sesekali anda melakukan sesuatu berdasarkan niat yang tidak baik. Anda harus yakin, kenapa anda ingin lakukan sesuatu. Bagi orang Islam sudah semestinya disandarkan kepada Allah SWT kerana setiap sesuatu niat yang baik adalah hasil pertolongan-Nya.

  1. Cuba kenali diri - Jika kita renungkan, sudah berapa lama kita hidup di dunia ini…kenalkah anda pada diri anda sendiri? Kita mungkin mudah mengenali orang lain dengan mengkritik setiap kesalahannya tetapi kita tidak pernah selidik tentang kelemahan kita atau muhasabah diri. Setiap manusia mempunyai kelebihan yang luar biasa yang Allah kurniakan. Tidak kurang pula kelemahan yang wujud dalam diri sebagai hamba yang sama bagi setiap manusia tidak kira kaya ataupun miskin.

  1. Tetapkan matlamat hidup – Rata-rata manusia kini mudah berubah pendiriannya dalam mengendalikan matlamat hidupnya terutama apabila dilanda pelbagai masalah. Tidak ada kejayaan tanpa ujian dan itulah nikmat bagi kejayaan apabila kita berjaya mengharunginya.

  1. Buka minda dan hilangkan persepsi yang negatif – Jangan sesekali kita mudah patah semangat dan menganggap semua kejadian yang tidak diingini sebagai takdir yang tidak baik sebaliknya, terus memotivasikan diri kerana setiap kejadian ada hikmahnya.

  1. Buangkan kata-kata negatif - Bersifat positif dalam setiap perbuatan termasuk percakapan yang mampu mendorong ke arah kejayaan. Didik diri kita melalui kata-kata peransang yang mampu membangkitkan aura dalaman kita.

  1. Pedulikan apa kata orang lain – Perlu diingat bahawa, kita bertanggungjawab secara mutlak atas diri kita dan bukan orang lain. Untuk apa kita terpengaruh dengan pandangan orang lain kerana mereka tidak berhak menentukan kejayaan kita sebaliknya kita yang mencorakkan setiap perjalanan hidup kita.

  1. Menteladani kisah-kisah orang yang telah berjaya – Ini adalah sebagai salah satu sumber inspirasi bagi diri kerana kebanyakkan manusia lebih gemar untuk menjadikan pengalaman hidup orang yang berjaya sebagai panduan bagi hidup mereka walaupun berbeza dari segi bagaimana mendapatkan kejayaan tersebut.
..............SEKIAN............

Nak reka pantun jap...dengar

Burung tiung berkata-kata,
Ingin meluahkan perasaan cinta,
Biar apa orang nak kata,
Asalkan kejayaan milik kita...

Tali pengasih pengikat kayu, 
Terima kasih thank you...;D