Tuesday, April 19, 2011

Menghadapi Final Exam..Moh ler kita bace same2 yob!!

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua..lame xupdate blog sbb busy dgn final exam la ni...Now, sedia maklumlah..final exam datang lagi..musim plajar2 U exam sekarang...agi idup agi ngelaban...mcm2 lah status kt facebook, wall..stress ler..ermm..muntahkanlah balik apa yg sy ajar..kata lecturer ku..Sem depan ni rindok ati nga kwn2 ler..6 bulan balik rumah...praktikal kt rumah!!bestnyer...Jgn beri dalih tp kata boleh!!!chayook..exam ni jd senang kalo belajar...susah kalo malas...jwbnyer dlm test nanti lor...semua org pnah rase kot..aku pun pernah  lah...

Jawab Jangan XJawab..



EXAM PUN ADA DEMAM LER..

 Ate..teman rase bukan demam bola jer ada..exam pun ada..cmner tu ek...cer cite..cer cite...okeh..demam exam teman rase la mcm demam mlm kot..hhaahaa..demam exam?tido dgn exam?mandi dgn exam?pikirin exam aja...auklah!!meme gitu dos..yolo dos..

MOH LER KITE BACE SAME2 YOB...

Ni ada ler tips-tips menghadapi exam...Moh ler kita baca same yer..jangan panic...kalau aku ceritain pasti kalian enggak akn percaya..


Sepuluh Tip Untuk Membantu Anda Dalam Peperiksaan:

Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

Tenang dan percayakan diri anda.

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.


Bersantailah tapi berhati-hati.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.


Bayangkan soalan-soalan terlebih dahulu.

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.


Jawab soalan secara strategik.

Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

- soalan paling sukar,
- yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.
- Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.

Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu...kalau soalan esei laa..

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu...Lecturer selalu cakap camni...esei korang tulis apa2..bolehla jugak bagi markah kan..kalo salah cmner tu?haaaa...

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda.

 Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersipakan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.



GOOD LUCK yobb!!!

No comments:

Post a Comment