Salam Perjuangan..
Salam Satu Malaysia
Hello my readers!
Hari ni just nk share sikit pasal asas dlm fokus fotografi khasnya utk mereka yg pakai DSLR. Di dalam mengendalikan DSLR, memfokus subjek supaya berada di dalam zon fokus adalah amat penting. Menggunakan sama ada auto fokus mahupun secara manual bergantung kepada keadaan atau keselesaan pengguna itu sendiri. So, korang boleh pilih yg mana satu korang suka ikut kesesuaian jugak..First of all,ikuti langkah di bawah:
a. Auto Fokus
Dengan menekan separuh butang shutter ‘half shutter’ bermakna anda sudah memfokus subjek serta mengunci zon fokus tersebut. (Bergantung kepada setting /features DSLR) Sama ada anda menggunakan Single, Automatik ataupun ‘Continuous’.
- Single (AF-S/One Shot)
- Automatik (AF-A/AI Focus)
- Continuous (AF-C/AI Servo)
Di dalam mode ini, DSLR membenarkan anda untuk fokus subjek yang tidak bergerak. Sesuai digunakan untuk landskap, portrait dan sebagainya.
Di dalam mode ini pula, DSLR akan membenarkan untuk memfokus subjek yang tidak bergerak dan secara automatiknya akan mengikut pergerakan sekiranya subjek di dalam zon fokus bergerak.Sesuai digunakan dalam situasi majlis,kandid juga potrait kanak-kanak.
Di dalam mode ini, DSLR membenarkan untuk memfokus subjek yang bergerak serta mengikutinya pada zone fokus yang di kunci. Mode ini banyak digunakan di dalam teknik ‘panning’ seperti sukan, lumba kereta, lumba motor dan sebagainya.
b. Manual
Manual fokus boleh dipraktikkan dalam situasi dimana penggunaan Auto Fokus kadang kala tidak dapat mengunci zon fokus disebabkan kurang cahaya atau waktu malam. Manual fokus juga biasa digunakan dalam Fotografi Makro.
No comments:
Post a Comment