Assalamualaikum..w.b.t..
Saturday, August 24, 2013
F.O.T.O l Mia Sara Nasuha
Assalamualaikum..w.b.t
Hai semua..Nama sy Mia Sara Nasuha..umur bru masuk 2 tahun..ari ni sy kena paksa amik gmbar oleh uncle sy..haaaaaaa...
P/s: Sekadar meluangkan masa melayan kerenah ank sedara..Hakikatnye Mia mudah disuruh dan sporting bergambar!:)
Hai semua..Nama sy Mia Sara Nasuha..umur bru masuk 2 tahun..ari ni sy kena paksa amik gmbar oleh uncle sy..haaaaaaa...
Cakkk! |
posingggg |
Hello! |
Ape daaa |
:) |
Gaya ape ni Mia? |
Mia saraa |
tata,,see u again.. |
Thursday, August 22, 2013
KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI?
Latihan
industri bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada siswa
tentang berbagai aspek. Diantara objektif utama latihan industri adalah :
ü Membolehkan
siswa melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan selain daripada
pelajaran teori yang dipelajari didalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan
memberukan satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempratikkan
pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas.
ü Membolehkan
siswa mengenali melalui pengelibatan secara langsung dalam berbagai-bagai aspek
seperti konsep perancangan, reka bentuk, pembinaan dan pertadbiran projek.
ü Mendedahkan
kepada siswa mengenai keadaan tapak yang sebenarnya iaitu yang melibatkan
kerja-kerja di tapak yang berkemungkinan terletak di pendalaman yang sangat
mencabar, tidak seperti kerja-kerja pejabat sahaja.
ü Untuk
mendedahkan siswa kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat latihan
dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut.
ü Latihan industri ini juga memberi peluang melatih siswa menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang ditulis itu tentunya akan menjadi latihan yang terpenting bagi kerjaya mereka di masa depan.
ü Latihan industri ini juga memberi peluang melatih siswa menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang ditulis itu tentunya akan menjadi latihan yang terpenting bagi kerjaya mereka di masa depan.
Tuesday, August 13, 2013
MY SIS ENGAGEMENT DAY 2013
Hai semua..raya kt Kelantan..phewwit..suka n meriah kot..mcm2 berlaku..Ok2..dikesempatan ni masih belum terlambat lg nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin sekiranya terkasar or terguris smuaala yea..11 Ogos 2013 baru2 ni..sempat shoot my sis utk majlis pertunangan dia..Hasilnye xde gempak sgt pun..sy budak baru blaja kalau salah tolong tunjukkan yea..
One Step Closer! |
Lensa Photography |
ONE STEP CLOSER |
Saturday, August 3, 2013
INFO BANTUAN/BIASISWA IPTA SETIAP NEGERI
Assalamualaikum w.b.t..
Untuk iklan hebat & menarik..click di sini
Kali ni nk share ngan kwn2 tentang info bantuan or peruntukkan biasiswa IPTA utk setiap negeri..xdela kwn2 tercari-cari kan..Bg memudahkan kita semua..anda boleh click di bawah ni...
Untuk iklan hebat & menarik..click di sini
PERMOHONAN WANG EHSAN IPTA 2014
Assalamualaikum..w.b.t
PERHATIAN!
Berminat Untuk Jana Pendapatan Hebat Hanya Online Santai?
PERHATIAN!
Berminat Untuk Jana Pendapatan Hebat Hanya Online Santai?
- Berita baik utk anak2 Kelantan..Adik2 yg baru saja dapat tawaran di IPTA tu bolehla cepat2 mohon utk wang ehsan negeri ni..Isi secara online
- Sila klik disini utk permohonanan http://www.ehsan.icu.gov.my/
- Sebelum memohon tu..baca dulu syarat-syarat di bawah ini yea..Ok
SHARING IS CARING
NIKMAT AIDILFITRI
Assalamualaikum..w.b.t
Xsampai seminggu lg..kita bakal menyambut Aidilfitri..Tetapi adakah kita tahu makna sebenar Aidilfitri itu..Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi.
Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu, iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah S.W.T. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah S.W.T.
Demikian Aidilfitri sebagai hari pertama umat Islam pulang daripada pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan. Dalam pengembaraan itu, mereka telah meninggalkan semua perkara yang digemari kerana Allah dan membentuk dalam dirinya satu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman mereka pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku mereka. Kemunculan Aidilfitri ini mengakhiri satu perjalanan kerohanian yang memerlukan kesabaran dan limpah rahmat daripada Allah S.W.T dan di sinilah bermulanya perjalanan baru yang menggabungkan roh dan jasad yang perlu dikekalkan sebagai persiapan untuk melaksanakan perjalanan mengerjakan haji kelak.
Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.Justeru itu, suasana lebaran adalah suasana keilahian dan kemanusiaan. Apa yang lebih penting dari itu ialah melalui semangat Syawal kita terus memperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain serta hubungan kita dengan Allah S.W.T. InsyaAllah..Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah dalam erti kata yang sebenarnya..
Salam Lebaran 2013
Friday, August 2, 2013
TUTORIAL 3: MENCARI TAJUK THESIS?
Assalamualaikum w.b.t
Salam Perjuangan..
Salam Sanjungan Bangsa..
Salam Perjuangan..
Salam Sanjungan Bangsa..
Entry kali ni adalah pasal thesis..Kadang2 memikirkan tajuk thesis boleh menjadi masalah bg sesetengah pelajar..sy sendiri pun masih bingung tajuk apakah yg nak dibuat nanti utk sem depan ni..Melangkah ke tahun 4 semestinya saat menggerunkan bg student Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah..Ditugaskan utk menyiapkan satu thesis sebelum menamatkan pengajian..First...fikir & fikir dulu tajuk tesis yg ingin ditulis...Ok.sy ada terbaca satu article pasal mencari dan mencetuskan ilham bagi tajuk thesis...di bawah ni ada sikit cara-cara mencari tajuk thesis yg cukup relevan..
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mencetuskan ilham bagi tajuk thesis anda. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Tanya kepada diri anda bidang apa yang anda sukai.
Misalnya, di dalam bidang perancang bandar & wilayah, rakan saya menyukai bidang GIS manakala saya pula, lebih cenderung kepada tourism or rural. Terpulanglah pada masing2, asalkan minat utk menerokai bidang tu mesti ada. Walaupun anda akan makan tidur dengan thesis selama satu semester sahaja, harus juga diingat bahawa minat itu penting bagi memastikan anda mempunyai sebab untuk memulakan dan menamatkan penulisan thesis anda dengan jayanya. Ingat, anda harus buat apa yang anda sukai dan sukai apa yang anda buat.:)
2. Cuci mata dengan journal.
Mencari research article di dalam journal memang sesuatu yang agak membosankan. Walaubagaimanapun, perasaan tersebut hanya akan dialami oleh mereka yang tidak ikhlas dan tidak mempunyai objektif yang jelas di dalam pencarian mereka. Objektif yang jelas di sini bukanlah bermaksud anda telahpun mempunyai tajuk tetapi ia lebih kepada matlamat untuk menulis thesis yang bagus dan sempurna. Sambil anda melihat-lihat apa yang boleh ditawarkan oleh journal, jangan lupa untuk take note tajuk/isu yang anda temui. Cara yang agak mudah untuk memilih tajuk dari kaedah ini adalah dengan mengenalpasti tajuk/isu apa yang paling mudah/banyak anda temui.
3. Mulakan dengan data.
Menurut mereka yang pakar, intipati penyelidikan adalah data dan data yang dipilih harus bermula dengan framework yang bagus manakala framework pula datangnya dari literature review yang munasabah. Walaubagaimanapun, adakalanya bermula dengan meninjau-ninjau data, anda boleh cuba mengaitkan satu data dengan yang lain secara logik akal. Misalnya, data berkaitan statistik pelancongan di sesuatu tempat mungkin boleh dikaitkan dengan kadar pelancong atau pertumbuhan ekonomi negara untuk masa depan. Jika logik akal anda boleh digunapakai, tidak mustahil untuk anda menemui journal yang berkaitan dengannya.
4. Buka fikiran anda kepada isu-isu semasa.
Isu-isu semasa adalah pencetus idea yang paling spontan. Pada peringkat ini, anda harus menjadi lebih 'ambil tahu' tentang apa yang berlaku di persekitaran anda. Samada melalui internet mahupun televisyen atau majalah, sikap prihatin anda pasti akan membuahkan sesuatu idea yang boleh diterjemahkan kepada suatu pernyataan masalah (problem statement). Yang pentingnya, anda harus melihat dan mendengar isu-isu semasa ini dengan sepenuh perhatian lalu memikirkan tentangnya secara lebih kritis dan kreatif.
P/s: Harap dapat hasilkan thesis yang terbaik..Buat sehabis baik seolah-olah ia menjadi kayu pengukur kpd kita..(4 tahun amik ijazah tuu..perit.....)
TERBARU: RANKING UNIVERSITI DI MALAYSIA 2013
Assalamualaikum w.b.t
Salam Perjuangan..
Salam Sanjungan Bangsa..
Kali ni post pasal top universiti di Malaysia..Ranking Universiti di Malaysia 2013 ini adalah hasil daripada semakan QS World University Rankings : Asia 2013 pada 11 Julai 2013.
Salam Perjuangan..
Salam Sanjungan Bangsa..
Kali ni post pasal top universiti di Malaysia..Ranking Universiti di Malaysia 2013 ini adalah hasil daripada semakan QS World University Rankings : Asia 2013 pada 11 Julai 2013.
- Universiti Malaya (UM), kedudukan ke 33 dalam asia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kedudukan ke 57 asia
- Universiti Sains Malaysia (USM), kedudukan ke 61 asia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kedudukan ke 68 asia
- Universiti Putra Malaysia (UPM), kedudukan ke 72 asia
- International Islamic University Malaysia (IIUM), kedudukan ke 151-160 asia
- Universiti Malaysia Sarawak, kedudukan ke 181-190 asia
- Multimedia University, kedudukan ke 201-250 asia
- Universiti Teknologi Mara (UiTM), kedudukan ke 201-250 asia
- Universiti Teknologi Petronas (UTP), kedudukan ke 201-250 asia
- Universiti Tenaga Nasional (Uniten), kedudukan ke 201-250 asia
- Universiti Utara Malaysia (UUM), kedudukan ke 201-250 asia
- Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), kedudukan ke 201-250 asia
- Limkokwing University of Creative Technology, kedudukan ke 251-300 asia
- Universiti Malaysia Pahang (UMP), kedudukan ke 251-300 asia
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kedudukan ke 251-300 asia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, kedudukan ke 251-300 asia
- Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar), kedudukan ke 251-300 asia
Subscribe to:
Posts (Atom)