Assalamualaikum..w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers..
Renungan oh sekadar renungan..aku yg suka berbicara...
Entri kali ni adalah sekadar renungan & perkongsian bersama dlm meniti kehidupan seharian..Kenapa perlu bermusuh?Yaa..sy akui dalam kehidupan ini sebagai manusia kita sering berhadapan dengan perkara yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi..xsemua suka dgn cara dan tingkah laku..susah utk puaskan hati semua org..Lalu kita terfikir dan merenung sejenak " Sampai bila harus bermusuh, yg tidak memberi apa2 kebaikan malahan akn dpt balasan & kemurkaan drp Allah S.W.T?.."Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" usah dengki dan benci-membenci antara satu sama lain..Perkara itu hanya sia-sia saja..lg dilayan lagi sakit hati....Manusia punya "combination" dan keserasian tersendiri..Kadang2 rasa keserasian akan pudar jika dilayan dengan hati yg terlalu ego dan meninggi diri..
Namun jika ditakdirkan kita bertemu dengan musuh maka bertahanlah dan jangan mudah menyerah kalah. Bersabarlah dan mohonlah kekuatan daripada Allah SWT semoga kita berada di pihak yang benar. Ketahuilah, bahwasanya pergaulan baik itu adalah buah daripada kemurniaan budi pekerti, manakala perpecahan pula merupakan buah daripada kejelekan budi pekerti. Maka kebaikan dan kemurniaan budi pekerti itu menelurkan sikap saling cinta mencintai, bersatu-padu antara satu sama dengan yang lain dan berhaluan satu, manakala kejelekan budi pekerti membuahkan sikap saling benci-membenci, dengki antara satu dengan yang lain dan bermusuh-musuhan
Oleh itu sentiasa berhati-hati dan jangan sengaja melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan orang lain atau dengan perkataan lain jangan kita sengaja mencari musuh kerana ia menunjukkan sikap diri kita yang sombong dan bongkak.
No comments:
Post a Comment