Saturday, March 23, 2013

TIPS MENGHILANGKAN MENGANTUK DALAM KELAS

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Perjuangan..
Salam Satu Malaysia..
Salam Sanjungan Bangsa


 Pernah x mengantuk dlm kelas?pling xsuka kan?..sbb xdpt fokus..mulalah rase mcm nk habis cepat je kelas tu...Selalu Mengantuk Dalam Kelas atau Kuliah?
Relax..dengan senyum pun anda boleh hilangkan rase mengantuk dlm kelas ni..yekee?cmner tu?ok, moh kita ikut selanjutnya di bawah..



Senyum adalah riak wajah  yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata. Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah"

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit). Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino  ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman. Maka rase mengantuk itu akan hilang dengan sendiri..=)
.
P/s: Senyumlah sepanjang mase..

Wednesday, March 6, 2013

Baucar Buku 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Perjuangan
Salam Satu Malaysia
Salam Sanjungan Bangsa.


Alhamdulilah..thanks BB1M..berbelanja utk buku & peralatan tulis utk semester ni...


RM 250..WAAAAAA

:)

Terlebih cukup utk guna satu sem..

NASYID @ UTM, Skudai

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Perjuangan
Salam Satu Malaysia
Salam Sanjungan Bangsa.


Kenangan persembahan nasyid di UTM, Skudai sempena Minggu Transformasi Mahasiswa 2012..


Senyumm tersengih..


Add caption

Add caption

Mahasiswi baru UTM Skudai sesi 2012/2013

Mahasiswa baru UTM, Skudai sesei 2012/2013

heheehe

Nasyid menenangkan jiwa...melapangkan minda..


:)

NASYID @ UTM,KL (2010)

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Perjuangan
Salam Satu Malaysia
Salam Sanjungan Bangsa..

Fuu..agak lama xupdate blog..busy dgn projek studio..hmmm..sambil belek2 laptop terjumpa gmbar kenangan ngan kwn2 di UTM Kuala Lumpur..teringat sewaktu kitorang sama2 nasyid...Jujurnya, aku rindu nak nasyid lagi..setelah bertahun2 tinggal..Tenangkan diri dgn nasyid..harmonikan suara dengan alunan muzik..

Rindu UTM kl..Rindu suasana..Rindu kwn2..


Persembahan nasyid sempena  Sambutan Hari Raya  Aidilfitri @ UTM, kl

ALHAMDULILAH

K.A.M.I


Saturday, March 2, 2013

PERSOALAN: TANYA DIRI SENDIRI?

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Perjuangan..
Salam Sanjungan Bangsa..

Salam Satu Malaysia..



Proses muhasabah diri ini adalah penting untuk menimbulkan kesedaran terhadap seseorang mengenai matlamat yang mereka ingin capai. Matlamat adalah amat penting didalam kehidupan seseorang. Sesiapa yang tiada matlamat hidup seolah-olah kehidupannya tiada tujuan yang hanya menunggu saat kematian. Tetapkan suatu matlamat di dalam hidup anda dan beruasaha untuk mencapainya. Barulah anda mengetahui nikmat sebenar kehidupan. Setiap manusia yang diciptakan dimuka bumi ini ada tujuan hidupnya sendiri dan ia tidak diciptakan untuk menjadi sia-sia. 


Apa yang anda mahukan? Manusia mempunyai pelbagai kemahuan yang mereka impikan. Anda perlu tahu apakah yang anda inginkan didalam hidup. Pastikan kemahuan anda itu realistik dan berusaha untuk mencapai apa yang anda mahukan. Itulah tujuan anda hidup sehingga ke hari ini.
Adakah anda patut berubah? Sekiranya anda sendiri merasakan tidak suka terhadap apa yang anda telah lakukan, anda sepatutnya berusaha untuk berubah. Seseorang yang hendak berubah adalah lebih baik daripada seseorang yang berasa selesa dengan keadaannya sekarang. Manusia sentiasa memerlukan perubahan.
Adakah anda gembira terhadap apa yang anda lakukan? Kegembiraan adalah suatu nikmat kehidupan. Tanpa kegembiraan kehidupan anda tidak bermakna. Lakukan sesuatu aktiviti yang mampu untuk menggembirakan anda.
Apa yang memotivasikan anda? Anda seharusnya tahu apa yang mampu untuk memberikan dorongon kepada anda. Mengekalkan motivasi adalah asas yang paling penting untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Tanpa motivasi yang berterusan, impian hanyalah sekadar impian dan pasti tidak akan dapat untuk direalisasikan.
Apa sumbangan yang anda ingin lakukan? Kehidupan tidak bermakna sekiranya anda tidak mampu lakukan apa-apa sumbangan terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Kemudian sekiranya anda sudah berjaya, berikan pula sumbangan anda kepada masyarakat.

P/S: Fokuskan untuk memberikan sumbangan terhadap diri anda dahulu, berusaha untuk buktikan pada diri yang anda juga mampu untuk berjaya

INFO: MENCARI KEBAHAGIAAN?

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Perjuangan..
Salam Sanjungan Bangsa..
Salam Satu Malaysia..


Kebahagian hidup adalah merupakan matlamat utama kehidupan manusia didunia ini. Ia tidak kira bangsa, agama, ataupun budaya, apabila ditanya apakah yang kamu mahu didalam kehidupan ini? pasti jawapannya tetap sama adalah untuk hidup bahagia. Tetapi, bagaimanakan untuk mencari kebahagiaan hidup? Adakah anda bahagia sekarang? 
Definisi- Setiap orang mempunyai definisi yang berlainan. Anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah makna kebahagiaan dalam hidup anda. Ini adalah amat penting kerana ia akan mempengaruhi keputusan anda yang lain. Sebagai contoh, anda rasakan keluarga adalah kebahagian utama didalam kehidupan. Kemudian anda mendapat tawaran kerja yang memaksa anda berjauhan dengan keluarga untuk satu jangka masa yang panjang. Sudah pasti anda mengetahui keputusan mana yang perlu dilakukan.
Nikmati kebahagiaan- Manusia hanya mampu untuk merancang tetapi tuhan yang menentukan segalanya. Mungkin anda menginginkan sesuatu untuk berasa bahagia tetapi masih tidak tercapai. Teruskan usaha anda dan jangan sesekali berputus asa kerana kejayaan pasti milik anda. Tetapi dalam masa yang sama, nikmatilah kebahagian yang anda sedang lalui sekarang, kerana mungkin anda tidak akan dapat mengembalikannya apabila anda sudah berjaya.
Lakukan apa yang anda ingin lakukan- Cara ini adalah paling baik untuk memberikan inspirasi kepada seseorang melakukan sesuatu yang diluar jangkaan mereka. Sekiranya anda betul-betul yakin terhadap apa yang dilakukan dapat memberikan kebahagian, terus lakukannya dengan berrsungguh-sungguh. Pasti anda tidak akan sesekali menyesal terhadap pilihan yang telah dibuat. Selain daripada itu, cara ini juga dapat membantu untuk mencungkil bakat atau kreatviti seseorang ke tahap yang lebih maksimum.
Kebahagian percuma- Ramai yang memfokuskan kebahagiaan mereka terhadap wang. Tetapi hakikatnya wang sebenarnya tidak mampu untuk membeli kebahagiaan seseorang. Wang hanya merupakan satu alat yang membantu anda untuk membuat pilihan. Lebih banyak wang, lebih banyak pilihan yang boleh anda lakukan, dan tidak pernah sesekalipun orang yang kaya menyatakan bahawa apabila mereka semakin banyak wang, mereka semakin bahagia. Adalah lebih baik anda memfokuskan terhadap kebahagian percuma seperti perhubungan, ketawa, masa untuk bermain dengan anak, dan sebagainya yang mana ia langsung tidak melibatkan apa-apa kos.
Cintai seseorang- Seseorang yang berjaya untuk memperuntukkan masa, komitmen dan perhatian didalam hubungan adalah merupakan orang paling bahagia didunia ini. Jangan terlalu sibuk dengan pekerjaan harian sehingga mengabaikan perhubungan, kerana anda akan terlepas peluang untuk menikmati kebahagiaan hidup. Hanya dengan mencintai seseorang dapat membantu anda hidup bahagia.
Menjadi pemaaf- Hanya dengan memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda sebenarnya dapat membahagiakan lagi kehidupan. Ini adalah kerana apabila anda memaafkan seseorang, anda sebenarnya telah menanggalkan satu beban yang selama ini anda pikul kemana saja anda pergi. Semakin ringan bebanan bermakna semakin selesa untuk anda melalui kehidupan.
Bersyukur- Sekiranya anda rasa bersyukur terhadap apa yang anda miliki sekarang, ia sebenarnya cara terbaik untuk melepaskan tekanan. Semakin banyak anda bersyukut semakin bahagia diri anda.
Lalui apa yang sedang anda lalui- Kenangan hanyalah merupakan satu proses untuk anda menimba pengalaman. Ia akan beredar mengikut waktu. Hanya jadikan kenangan sebagai satu imaginasi dan bukannya realiti. 

P/S: Nikmatilah kebahagian terhadap apa yang anda lalui sekarang dan bukannya  bergantung terhadap kenangan.