Saturday, March 23, 2013

TIPS MENGHILANGKAN MENGANTUK DALAM KELAS

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Perjuangan..
Salam Satu Malaysia..
Salam Sanjungan Bangsa


 Pernah x mengantuk dlm kelas?pling xsuka kan?..sbb xdpt fokus..mulalah rase mcm nk habis cepat je kelas tu...Selalu Mengantuk Dalam Kelas atau Kuliah?
Relax..dengan senyum pun anda boleh hilangkan rase mengantuk dlm kelas ni..yekee?cmner tu?ok, moh kita ikut selanjutnya di bawah..



Senyum adalah riak wajah  yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata. Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah"

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit). Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino  ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman. Maka rase mengantuk itu akan hilang dengan sendiri..=)
.
P/s: Senyumlah sepanjang mase..

1 comment:

  1. assalamualaikum. i'm blog walking here. anyway, nak try laa. :)

    ReplyDelete