Sunday, December 30, 2012

LENSA: Tips menjaga kamera DSLR

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Perjuangan..
Salam Persahabatan..
Salam Satu Malaysia..

Kali ini nk crita sikit tips menjaga kamera dslr dgn baik..okla..haritu ada sikit search2 internet from mr.google..then dptlah satu tips yg menarik utk dikongsikan bersama..kamera pun mcm manusia juga kna dicuci,diservis,dijaga dgn rapi baru OK!Harap tips ni amat berguna utk mereka yg menggemari bidang photography ni..=)



1. Bersihkan lepas guna
Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air. Barulah bila tangkap gmbar jer..nmpak clear..kan hasilnya lg baik..=)
2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan
Jangan biarkan kamera korang berjemur, nanti kamera korang sunburn..hehe..Kdg2 sinaran matahari juga boleh effect pd kamera..mcm kita juga..xboleh berjemur..nanti demam..aaahh..kamera pun sama..lame2 memberi kesan pada strukturnya. 
3. Elak terkena air
Anggap ke kamera korang tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang korang selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan. Kalau korang biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas.
4. Gantung
Jadikan menggantung kamera di leher sebagai habit. Tak pun korang lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai. Hati korang pun akan berkecai sekali..hehe.
5. Gel Silika
Wajib ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.
6. Filter
Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau korang beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens.
7. Screen Protector
Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.
8. Pasir
Seelok-eloknya elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr korang dengan kain atau plastik.
9. Jangan, jangan dan jangan
Jangan pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.
10. Sejuk ke panas
Kalau korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.



Info:


  1. Jangan tukar lensa di dalam keadaan yang berhabuk.Gantung tali kamera di leher dan tukar lensa dalam keadaan sensor menghadap ke bawah. 
  2. Dengan ini tiada habuk yang jatuh dari atas dan masuk ke dalam kamera. 
  3. Tukar lensa sepantas mungkin.
  4.  Pastikan penutup belakang lensa telah dilonggarkan sebelum mencabut lensa yang terpasang di kamera.
  5. Tahan nafas ketika menukar lensa dan jangan sama sekali menghisap rokok semasa menukar lensa.
  6.  Jika sensor anda sudah dicemari habuk, anda boleh mencucinya dengan kit yang boleh didapati      di kedai kamera atau hantar sahaja ke pusat servis yang bertauliah.




Friday, December 28, 2012

Take A Break: Phi Phi Island, Thailand..

Assalamualaikum..w.b.t

Salam Perjuangan
Salam Persahabatan
Salam Satu Malaysia


Kali ni kita melancong ke negara Thailand pulak ya..sawadeekap..khun phud phasa thai dai mai?Phi Phi Island adalah sebuah pulau yg penuh dgn keistimewaannya...Kepulauan Phi Phi ( หมู่เกาะพีพ) terletak di Thailand, antara pulau Phuket dan Thailand daratan. Secara politik kepulauan ini merupakan bagian dari Provinsi Krabi. Ko Phi Phi Don ("ko" bermaksud pulau dalam bahasa Thailand) adalah pulau terbesar dalam kepulauan ini, dan merupakan satu-satunya pulau dengan penduduk meskipun pantai dari pulau terbesar kedua, Ko Phi Phi Lee sering dikunjungi oleh pelbagai pelancong dari luar negara. Tidak ada fasiliti dalam pulau ini, namun perjalanan dari Ko Phi Phi Don hanya memperuntukkan waktu sebentar saja. Pulau-pulau lainnya tidak lebih dari batu-batu karang besar yang muncul ke permukaan laut.Ko Phi Phi Lee menjadi pulau terkenal, setelah ditayangkan dalam film The beach. Sesiapa yang datang melancong ke sini, pasti akan merasai kepuasannya!Ayuh dong!

Gambar untuk dikongsikan bersama:


Pantai yang tenang..airnya bersih

Pasir memutih...



Subhanallah..cantik kan?

Berehat sekejap..mampu tenangkan fikiran

Melancong di sini pasti merasai kepuasannya!

Candid sekejap!


P/S: Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan...Jauh Perjalanan, Luas Pengetahuan...


Monday, December 24, 2012

ILMU RANCANG: PELANCONGAN & KEPENTINGANNYA

Assalamualaikum w.b.t
Salam Perjuangan
Salam Persahabatan
Salam 1 Malaysia


Tetibe pulak nk update pasal pelancongan coz mase diploma kat UTM KL dulu ada buat elektif psal ni..HMMMM..smbil2 kita pi melancong, mohler kita fhm dulu mksud tersirat apa itu 'PELANCONGAN'..


 Pelancongan dan Kepentingannya

Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong (Matthieson dan Wall, 1991).

Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak- pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan. Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya lagi. Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu “tornare” dan juga Greek iaitu “tornos” yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari(1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka danindustri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.” Pengertian yang meluas ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa yangdimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibat dalammembangunkan industri ini.

Oleh itu, wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara mendalam mengenai pelancongan.. Kelima-lima elemen itu adalah persekitaran, manusia,kawasan, ekonomi dan dinamik. Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep, 1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling kaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam. Dari perspektif sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang (terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan (Inskeep, 1996).

Malah, kini dengan peningkatan ekonomi, kemudahsampaian yang tinggi serta jalinan hubungan yang baik antara sebuah negara dengan negara yang lain, sektor pelancongan terus menjadi sektor yang semakin berkembang terutamanya dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan.  Dalam konteks Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan




ILMU RANCANG:Peranan Pihak Berkuasa Negeri Dalam Permohonan Kebenaran Merancang


Peranan Pihak Berkuasa Negeri Dalam Permohonan Kebenaran Merancang

Akta perancangan Bandar dan Desa 1976 juga membolehkan Pihak Berkuasa Negeri mengadakan kaedah-kaedah bagi maksud memperuntukan kelas-kelas penggunaan tanah dan bangunan atau bahagian-bahagiannya.Secara amnya Pihak Berkuasa Negeri yang akan meluluskan pembangunan khususnya diperingkat negeri. Terdapat beberapa prosedur yang terlibat dalam kelulusan pembangunan tanah. Prosedur ini adalah kombinasi peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang biasa digunakan oleh negeri-negeri di semenanjung malaysia kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berbeza dengan wilayah persekutuan ini mereka menggunakan peruntukan akta masing-masing iaitu Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 276) dan Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536). Jadi bagi mereka yang mengemukan permohonan dalam mendapatkan kebenaran merancang, mereka perlu melalui lima peringkat utama dalam prosedur permohonan pembangunan tanah.

         i.            Peringkat pertama Permohonan Kelulusan Dasar Pembangunan ataupun kelulusan ubah syarat (di bawah seksyen 124 Kanun Tanah Negara)

Kelulusan dasar adalah di mana pihak berkuasa negeri memberi kelulusan secara dasar terhadap sesuatu cadangan pembangunan setelah pihak berkuasa negeri berpuas hati bahawa cadangan pembangunan tersebut telah mematuhi dasar kerajaan negeri serta rancangan pemajuan bagi kawasan tersebut. Ia juga dapat membantu pemohon mengenalpasti langkah-langkah atau tindakan yang perlu diambil selanjutnya. Pada peringkat kelulusan dasar pembangunan ini, hanya melibatkan proses ubah syarat tanah. Permohonan yang dibuat di Pejabat Tanah Daerah akan melalui pula peringkat-peringkat seperti :
a)      Pejabat Tanah Daerah menerima permohonan untuk ‘ubah syarat’
b)      Pejabat Tanah Daerah akan membuat laporan penuh mengenai tanah pemohon
c)       Pejabat Tanag Daerah akan merujukkan permohonan kepada jabatan-jabatan berkaitan
d)      Pejabat Tanah Daerah menyedia dan mengemukakan laporan untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri
e)      Menyampaikan keputusan permohonan kepada pemohon
f)       Penyediaan memorandum untuk tindakan pihak berkuasa pendaftaran berkenaan
g)      Membuat catitan, pembatalan atau kemasukan di dalam dokumen hakmilik

       ii.            Peringkat kedua ialah permohonan kebenaran merancang (di bawah seksyen 21(1) Akta 172)

Setelah kelulusan dasar pembangunan diperolehi,pemohon dikehendaki mengemukakan permohonannya kepada pihak berkuasa perancang tempatan untuk mendapatkan kebenaran merancang. Permohonan kebenaran merancang dibuat mengikut cara yang ditentukan di dalam kaedah-kaedah pengawalan perancangan (Am) Akta 172. Maklumat serta dokumen-dokumen yang perlu disertakan berbeza-beza mengikut pihak berkuasa perancang tempatan.

      iii.            Peringkat ketiga ialah permohonan pecah sempadan / penyatuan / pecah bahagi (di bawah seksyen 136 Kanun Tanah Negara)

Setelah kelulusan kebenaran merancang diberi oleh pihak berkuasa perancang tempatan, permohonan berkaitan seterusnya akan dibawa ke Pejabat Tanah Daerah untuk mendapatkan kelulusan muktamad ubah syarat dan kelulusan pecah sempadan. Pemohon perlu menyediakan pelan prahitungan oleh Juruukur tanah berlesen berdasarkan kepada pelan susunatur yang telah diperakukan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Pejabat Tanag Daerah akan menyediakan satu laporan berkenaan permohonan berkaitan untuk dihantar kepada Pengarah Tanah dan Galian dan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Disini Pihak Berkuasa Perancangan Negeri akan meneliti setiap permohonan bagi mendapatkan kelulusan

     iv.            Peringkat keempat ialah permohonan kelulusan pelan bangunan (di bawah seksyen 70 Akta 133)

Sebelum kerja-kerja pendirian bangunan dimulakan, kelulusan pelan bangunan perlulah terlebih dahulu diperolehi bagi memastikan bangunan yang didirikan adalah mematuhi piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan. Di peringkat ini permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Bangunan pihakberkuasa tempatan. Seperti juga permohonan kebenaran merancang. Permohonan kelulusan pelan bangunan juga perlu dirujuk ke jabatan-jabatan teknikal untuk mendapatkan ulasan dan perakuannya. Pihak berkuasa tempatan akan mempertimbangkan ulasan dan perakuan dari jabatan-jabatan teknikal yang telah dirujuk dan membawa permohonan berkenaan ke Mesyuarat Majlis Penuh Pihak Berkuasa Tempatan untuk dipertimbangkan. Pihakberkuasa tempatan seterusnya memaklumkan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Majlis Penuh kepada pemohon.

       v.            Peringkat kelima berkenaan permohonan kelulusan sijil kelayakan menduduki (di bawah undang-undang kecil 27, Undang-undang kecil bangunan seragam 1984)

Setelah kelulusan pelan bangunan diperolehi, pemohon dikehendaki membuat permohonan untuk kelulusan sijil kelakan menduduki. Kelulusan ini adalah perlu bagi memastikan sesuatu bangunan yang telah dibina adalah diperakui selamat oleh pihakberkuasa tempatan untuk digunapakai dan diduduki. Kelulusan ini adalah diperlukan bagi apa jua jenis bangunan seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Kelulusan sijil kelayakan menduduki akan diberikan setelah pihakberkuasa tempatan berpuashati dengan bangunan yang didirikan dan mendapat perakuan daripada jabatan-jabatan teknikal yang dirujuk. 

Kesimpulannya, dalam setiap peringkat ini jelaslah bahawa peranan pihak berkuasa  negeri ini sangat penting dan mereka ini mempunyai kuasa dalam memberi kelulusan sesuatu permohonan kebenaran merancang. Dengan adanya majlis pihak berkuasa negeri ini perancangan sesebuah negeri khususnya dapat dipantau supaya seimbang. Hal demikian kerana setiap daerah mempunyai pihak berkuasa tempatan sendiri dan mereka ini juga mempunyai syarat-syarat atau kaedah mereka sendiri. Oleh itu, pihak berkuasa negerilah yang akan menyeragamkan perlaksanaan pembangunan bagi negeri masing-masing. Maka nanti tidak timbul pula masalah ketidakseimbangan pembangunan atau kelestarian pembangunan. Penerimaan pembangunan nasional yang berimpak besar juga akan dilaksanan oleh pihak berkuasa negeri dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan hasrat kerajaan persekutuan untuk memajukan negara  Malaysia.

Sunday, December 23, 2012

ILMU RANCANG: Apa itu METROTOWN?

Assalamualaikum..w.b.t
Salam Perjuangan
Salam Persahabatan.
Salam 1 Malaysia

Metro Town (Bandar Metro)

Bila sebut je Metro Town mesti terfikir tentang bandar yg serba lengkap dgn kemudahan- kemudahan asas yang 'high class'. Tetapi bukan itu saja, Bandar Metro bolehlah didefinisikan sebagai sebuah perkampungan bandar. Ia lebih merujuk kepada bandar satelit. Konsep perancangannya sama seperti bandar satelit iaitu bertujuan menampung pembangunan dan populasi yang telah padat di bandar metropolitan utama. Sebagai contoh di Malaysia ialah Bandar Petaling Jaya yang dibuka bagi mengurangkan tekanan pembangunan di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Bandar Metro merujuk kepada sebuah ‘unit titik pertumbuhan baru’ yang bertujuan untuk menyahpusatkan (decentralized) pembangunan di pusat bandar metropolitan utama bagi mencapai  agihan populasi yang sekata dalam wilayah metropolitan. Sebuah pihak berkuasa tempatan tunggal memiliki tanah itu dan bertanggungjawab menyatu, mengintergrasi, merancang, serta membangunkan gabungan pembangunan itu secara efektif.



Ciri- Ciri & Fungsi Bandar Metro

           Ciri-ciri bandar metro adalah dari segi saiznya yakni kurang padat dari segi populasinya. Bermaksud, ianya kurang padat berbanding bandar metropolitan utama. Dari segi lokasi pula, lazimnya terletak beberapa kilometer daripada bandar metropolitan utama dengan jarak yang tidak terlalu jauh bagi memudahkan penyaluran limpahan pembangunan dan populasi dari kawasan pusat bandar metropolitan utama ke kawasan bandar-bandar metro ini.

Bandar –bandar metro dan pusat bandar metropolitan masing-masing saling bergantungan antara satu sama lagi dari segi sosial dan ekonominya.Ia berfungsi untuk menyahpusatkan (decentralized) aktiviti sosioekonomi sesebuah pusat bandar tanpa melampaui fungsi-fungsi utama pusat bandar di dalam kompleks metropolitannya (perhubungan keduanya adalah bersifat simbiotik).  Bandar metro seharusnya membantu untuk mengurangkan trafik bandar semasa waktu-waktu kemuncak (rush hour periods).
                Walaupun bandar-bandar metro membentuk kluster wilayah yang memenuhi satu sama lain dan setiap unit menjalankan fungsi-fungsi masing-masing didalam perpaduan ini untuk asas ekonomi sejagat. Namun begitu, ekonomi utama, dan institusi sosial metropolis masih terletak di pusat bandar. Bandar metro mempunyai keadaan fizikal yang berbeza daripada zon-zon penampan (greenbelts)   bersebelahannya. Ia mempunyai kepelbagaian gunatanah dan peluang-peluang pekerjaan dalam industri dan komersil.

                Meskipun begitu, komuniti bandar metro tidaklah sepenuhnya self-contained atau berkendiri (self-sustaining), ia masih bergantung kepada pusat bandar dan komersil utama dan mempunyai kemudahan kesihatan, sosial dan budaya, kepelbagaian jenis perumahan, sosioekonomi serta kumpulan umur. Aliran pengangkutan yang pesat menjadi tunjang utama dalam menghubungkan bandar-bandar metro dengan bandar-bandar pusatnya. Sebagai contoh di bandar metropolitan Baltimore dan Kansas,  sesebuah unit bandar metro dijangkakan mampu menampung populasi sebanyak 100,000 hingga 200,000 sama seperti bandar bandar baru Inggeris yang dibina pada tahun 1960-an.
Apa yg anda faham tentang Bandar ini?
Keseluruhannya, bandar metro dirujuk sebagai corak wilayah bersepadu komuniti-komuniti satelit berkluster yang menyokong pembentukan sebuah pusat bandar metropolitan. Bandar – bandar metro dibina untuk menyahpusatkan (decentralize) sesetengah fungsi pusat bandar dan lazimnya berkaitan dengannya secara simbiotik. Bandar-bandar metro bergantung kepada rangkaian pengangkutan yang menghubungkan kesemua pusat-pusat wilayah kluster. Ia juga mempunyai bentuk fizikal yang berbeza, kepelbagaian guna tanah, kepelbagaian sosio ekonomi dan kumpulan umur, dan kepelbagaian peluang pekerjaan.

 Perkembangan sesebuah bandar di Malaysia pada ketika ini ditentukan oleh jaringan internet, e-mel, sistem komputer, dan sistem telekomunikasi canggih yang menjadi medium utama untuk menyebarkan inovasi-inovasi baru berkaitan dengan urbanisasi. Projek Koridor raya Multi Media ( MSC) menjadi model dan pemankin utama untuk mewujudkan bandar-bandar baru seterusnya mewujudkan bandar metro yang terkemuka.

ILMU RANCANG: JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI


JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI



Apabila Akta PBD 1976 diterimapakai di sesebuah negeri, suatu Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) hendaklah ditubuhkan . JPN mengandungi anggota-anggota berikut:
  1. Pengerusi (Mentri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu);
  2. Timbalan Pengerusi (seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, EXCO yang dilantik oleh PBN);
  3. Setiausaha Kerajaan Negeri;
  4. Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri (yang menjadi Setiausaha JPN);
  5. Pengarah Tanah dan Galian Negeri;
  6. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab jika tiada jawatan pengarah negeri;
  7. Pengarah Kerja Raya Negeri;
  8. Penasihat Undang-Undang Negeri;
  9. Pegawai Kewangan Negeri;
  10. Pegawai Kemajuan Negeri;
  11. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri;
  12. tidak lebih dari 4 ahli lain yang dilantik oleh PBN.
Ahli-ahli (ix) hingga (xi) telah ditambahkan melalui Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995. Sekurang-kurangnya 2 Ahli JPN adalah Ahli EXCO, iaitu ahli politik yang telah bertanding dan menang dalam pilihanraya umum. Sembilan Ahli JPN adalah pegawai kerajaan. Empat ahli lain boleh dilantik atas budibicara PBN. Jelaslah bahawa keanggotaan JPN beratsebelah kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam peringkat negeri. Akta PBD 1976 tidak menyatakan bagaimana JPN patut bertindak atau membuat keputusan. Andaiannya ialah setiap ahli mempunyai kuasa yang sama dan mengikut amalan biasa JPN akan membuat keputusan melalui konsensus atau secara mengundi. Sebagai perbandingan, Pengerusi Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Akta PBD 1976 mempunyai kuasa luarbiasa dan boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli lain.

Bidang kuasa setiap JPN terhad kepada kawasan negeri masing-masing. Jelaslah wujudnya suatu kuasa berasingan untuk perancangan diperingkat negeri. Perhatikan bahawa cadangan asal dalam draf Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972 ialah penubuhan suatu Pihak Berkuasa Perancangan Negeri dengan Pengerusi yang tidak semestinya Menteri Besar atau Ketua Menteri.. Secara bandingan, kuasa perancangan di peringkat tempatan telah dikekalkan dengan pihak berkuasa tempatan .

ILMU RANCANG:Pihak Berkuasa Negeri (PBN)


PIHAK BERKUASA NEGERI

Di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perkara-perkara berkenaan dengan tanah disenaraikan dalam Senarai Negeri. Ini bermakna kerajaan negeri atau lebih tetap lagi, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mempunyai kuasa terhadap segala urusan berkenaan dengan tanah di negeri masing-masing termasuk pemilikan semua tanah yang belum diberi hakmilik, pemberian hakmilik, urusan jual-beli, pengambilan tanah untuk kegunaan awam dan sumber-sumber tanah. Kerajaan atau jabatan persekutuan yang ingin melaksanakan sebarang kawalan terhadap kegunaan tanah perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri terlebih dahulu. Misalnya, Peguam Negara telah menasihati Jabatan Alam Sekitar bahawa ia tidak boleh laksanakan kehendak untuk diadakan kajian impak alam sekitar (EIA) terhadap pembangunan di tanah bukit kerana perkara ini menyentuh bidangkuasa kerajaan negeri.

Perkara berkenaan dengan perancangan bandar pula adalah dalam Senarai Bersama, Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berhak menjalankan aktiviti perancangan bandar. Walau bagaimanapun, oleh kerana perancangan bandar semestinya dijalankan di atas tanah, maka segala usaha kerajaan persekutuan untuk merancang hendaklah mendapat restu kerajaan negeri. Misalnya, perancangan dan pembangunan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah disahkan dengan suatu perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor 

Di bawah Akta PBD 1976, PBN merupakan pihak berkuasa yang tertinggi sekali dalam hal ehwal perancangan bandar di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam negeri masing-masing. S. 3 Akta ini memperuntukkan bahawa:
  • PBN bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan dengan perancangan pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan;
  • PBN boleh memberi arahan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT); dan
  • JPN dan PBPT hendaklah menguatkuasakan arahan PBN.
Kelulusan sesuatu draf rancangan struktur oleh JPN juga perlu mendapat persetujuan PBN (s. 10(6)). Jika JPN tidak membuat sebarang keputusan enam bulan selepas sesuatu draf rancangan struktur dikemukakan kepadanya, PBPT boleh rujuk draf rancangan struktur terus kepada PBN untuk pertimbangan (s. 10(5) selepas Pindaan 1995).

PBN juga memegang kuasa untuk menentukan bila, bahagian apa dan kawasan mana yang akan menerimapakai Akta PBD 1976. Mengikut perundangan Malaysia, PBN ialah "ruler-in-council". Maksudnya ialah kuasa diletak di tangan Yang DiPertua atau Sultan atau Raja Negeri tetapi kuasa ini hanya diguna dengan perakuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). MMKN pula dipengerusikan oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar yang juga pengerusi JPN.

Saturday, December 8, 2012

# Nak Lupa seseorang?Susahke?

Assalamualaikum..w.b.t

Salam Satu Malaysia...
Salam Persahabatan
Salam Perjuangan..

Melupakan seseorang?agak susah dan pedih..ok3..Tenang dan sabar...Seringkali kite terdengar org yg putus tunang,putus kekasih..nk lupa seseorag tp susah lg parah kalo ia memudaratkan anda....So, hari ni sy ada tips nk kongsikan bersama anda..HARAP JANGAN BERSEDIH LAGI SELEPAS INI YEE..=)

Tips melupakan org yg kita sayang.
    cara melupakan seseorang
  1. Bakar, atau buang atau sedekahkan (baik hati sikit) barang pemberian dia kepada anda kepada orang lain.Jauhkan diri anda daripada berjumpa dengan dia.
  2. Jangan sesekali hubungi dia, padamkan nombor telefonnya,gambar yang diberi kpd anda dan blacklistkan dia daripada henset anda.(cara terbaik dan sgt efektif)
  3. Kalau ada YM, Facebook, delete dan remove akaun dia daripada akaun anda kemudian block terus...(walaupun sakit tp terima dengan hati yg tenang)
  4. Cari tempat baru. Hindarilah pergi ke tempat–tempat yang mengingatkan anda pada dirinya, jauhi perkara-perkara yang berkaitan dengan dirinya. Pergilah sejauh – jauhnya. Janganlah kita mengikuti kegiatan yang dia pun menyukai kegiatan tersebut. Carilah kegiatan baru dimana anda tidak akan pernah mengingatnya lagi. Jangan mendengarkan lagu yang dia suka, jangan menonton filem yang dia suka dan sebagainya.
  5. Isikan masa anda dengan perkara lain, tumpukan perhatian kepada life anda, keluarga dan rakan-rakan anda. Pendek kata: Sibukkan diri Anda dengan perkara yang berfaedah. Bila dah sibuk tak ada ruang untuk anda fikir pasal dia.=)
  6. Maafkan dirinya (sekiranya dia lakukan kesalahan) – Belajarlah untuk memaafkan, bagaimanapun sakitnya hati anda, maafkanlah dia, kerana dengan memaafkan, nescaya anda akan lebih mudah untuk melupakannya.
  7. Banyakkan berdoa dan beribadat. Cintailah Allah S.W.T diatas segalanya...Bina Hidup Baru..
  8. Terima seadanya..Mungkin dia bukan jodoh yg terbaik utk kita..

OK... semoga sedikit-sebanyak dapat membantu anda yang sedang dilamun kecewa. Lakukan dengan perlahan-lahan dan jangan paksa diri anda...Kita hidup di dunia bukan utk dikecewakan..So, happy- happy selalu okeh..=)


Wednesday, December 5, 2012

Gambar di sana sini..

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Satu Malaysia..

Ni nak cite sikit..hri tu ak ada pi langkawi...so far tempatnye bguzz sgt..bleh puji arr...tenang sekejap brada kt sana..saje nk lari dari kesibukan dan stress aku dgn study ni..cara yg baguzz.. aku suka melancong & amik gmbar sekali..=)..

Gambar utk dikongsikan bersama:

Berehat smbil tgk laut...angin sepoi2 bahasa...


SUBHANALLAH..Indah sgt ciptaanmu..

Langkawi Aku Datang!


HAHA..

Ke Kota Mahsuri



Ape nama kenderaan ni?








Sunday, November 11, 2012

Hidup Simple

Assalamualaikum w.b.t
Salam Perjuangan
Salam Persahabatan
Salam Satu Malaysia


Hidup itu sangat simple...
Jika ada orang bicara mengenai kita di belakang,
itu adalah tanda bahwa kita sudah ada di depan..
Saat orang bicara merendahkankan diri kita,itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang Lebih tinggi.


Dan saat orang bicara dengan nada iri mengenai kita,itu adalah tanda bahwa kita sudah jauh Lebih baik dari mereka..
Bukankah saat orang bicara buruk mengenai kita,itu adalah tanda bahwa kehidupan kita sebenarnya Lebih Indah dari mereka?Jadi,Tetaplah berfikir Positif dan jangan pernah merasa tersudut dengan kata-kata yang seringkali menyudutkan diri kita sendiri..=)







Thursday, November 8, 2012

Lensa Nikon D5100

Salam...Entry kali ni adalah pasal KAMERA..korang suka kamera x?atau kamera suka korang?Pernah x korang terfikir mencari kamera BASED ON kualiti bukan harga?hmmmm..ok2..bg aku sendiri harga kamera xpenting tp yg pling pnting adalah skill dan kualiti kamera tuu... Haritu pegila satu kedai..agak banyak la ilmu dapat..Rupa-rupanya byk lg yg aku kena explore dlm bidang photographer ni..So,memang tidak salah la aku pilih NIKON sebagai teman hidupku!=)BRAVOOOO!

Gambar utk dikongsikan bersama:

hihi..=)

NIKON D5100 ( kualiti bagus,performance OK!)







Camera Filter




Gambar dari dekat..zoom!sangat teranggg!



Wednesday, November 7, 2012

My Family @ Aidiladha

Assalamualaikum..fuuuhh..lama sgt xupdate blog sbb busy dgn asgment n my studio project..tetiba pulak teringat kat family kat rumah nun jauh sana...aidiladha@ Kelantan?Serius sgt meriahhh...terrr...kalo xbalik raya mau xmerasa kemeriahan niih..hihihi..Aidiladha kali ni kat rumah je..Tanah Merah, Kelantan..tempat lahirkuuu..wlaupun cuti xsmpai 4 hari pun tp merasai kenikmatan aidiladha bersama family tersayang serta kwn2 amatlah bermakna...Apalah sgt kalo bandingkan dgn wang ringgit...rela balik lagiii,,,hihi


My sister...

sister


my bro..

my niece

























Mia@ Lensa D5100

Hai..nama saya mia sara nasuha..