Salam Perjuangan
Salam Persahabatan
Salam 1 Malaysia
Tetibe pulak nk update pasal pelancongan coz mase diploma kat UTM KL dulu ada buat elektif psal ni..HMMMM..smbil2 kita pi melancong, mohler kita fhm dulu mksud tersirat apa itu 'PELANCONGAN'..
Pelancongan
dan Kepentingannya
Pelancongan
adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan
tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di
destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan
mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir
orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang
banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna telah
bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong (Matthieson dan Wall, 1991).
Pelancongan
mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak- pihak yang
terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri
pelancongan. Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan
pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya lagi. Perkataan
tourism datang daripada perkataan Latin iaitu “tornare” dan juga Greek iaitu “tornos”
yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari(1977)
mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang bertentangan
dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak
balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka danindustri itu
daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.” Pengertian yang meluas
ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa
yangdimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibat
dalammembangunkan industri ini.
Oleh itu,
wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara mendalam mengenai
pelancongan.. Kelima-lima elemen itu adalah persekitaran, manusia,kawasan,
ekonomi dan dinamik. Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah
satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam
negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia
kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana
pendapatan negara (Inskeep, 1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang
saling kaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam. Dari perspektif sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu
selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang
sebagai medium pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan,
ketenteraan dan pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria,
Yunani, Mesir, Parsi dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila
empayar berkembang (terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom
khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik
untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar
dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan
telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah
hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang
menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan (Inskeep, 1996).
Malah, kini
dengan peningkatan ekonomi, kemudahsampaian yang tinggi serta jalinan hubungan
yang baik antara sebuah negara dengan negara yang lain, sektor pelancongan
terus menjadi sektor yang semakin berkembang terutamanya dalam konteks
globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Dalam konteks Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran
wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna
tenaga. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada
pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam
perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan
No comments:
Post a Comment