Salam Satu Malaysia...
Salam Persahabatan
Salam Perjuangan..
Salam Persahabatan
Salam Perjuangan..
Melupakan seseorang?agak susah dan pedih..ok3..Tenang dan sabar...Seringkali kite terdengar org yg putus tunang,putus kekasih..nk lupa seseorag tp susah lg parah kalo ia memudaratkan anda....So, hari ni sy ada tips nk kongsikan bersama anda..HARAP JANGAN BERSEDIH LAGI SELEPAS INI YEE..=)
Tips melupakan org yg kita sayang.
- Bakar, atau buang atau sedekahkan (baik hati sikit) barang pemberian dia kepada anda kepada orang lain.Jauhkan diri anda daripada berjumpa dengan dia.
- Jangan sesekali hubungi dia, padamkan nombor telefonnya,gambar yang diberi kpd anda dan blacklistkan dia daripada henset anda.(cara terbaik dan sgt efektif)
- Kalau ada YM, Facebook, delete dan remove akaun dia daripada akaun anda kemudian block terus...(walaupun sakit tp terima dengan hati yg tenang)
- Cari tempat baru. Hindarilah pergi ke tempat–tempat yang mengingatkan anda pada dirinya, jauhi perkara-perkara yang berkaitan dengan dirinya. Pergilah sejauh – jauhnya. Janganlah kita mengikuti kegiatan yang dia pun menyukai kegiatan tersebut. Carilah kegiatan baru dimana anda tidak akan pernah mengingatnya lagi. Jangan mendengarkan lagu yang dia suka, jangan menonton filem yang dia suka dan sebagainya.
- Isikan masa anda dengan perkara lain, tumpukan perhatian kepada life anda, keluarga dan rakan-rakan anda. Pendek kata: Sibukkan diri Anda dengan perkara yang berfaedah. Bila dah sibuk tak ada ruang untuk anda fikir pasal dia.=)
- Maafkan dirinya (sekiranya dia lakukan kesalahan) – Belajarlah untuk memaafkan, bagaimanapun sakitnya hati anda, maafkanlah dia, kerana dengan memaafkan, nescaya anda akan lebih mudah untuk melupakannya.
- Banyakkan berdoa dan beribadat. Cintailah Allah S.W.T diatas segalanya...Bina Hidup Baru..
- Terima seadanya..Mungkin dia bukan jodoh yg terbaik utk kita..
OK... semoga sedikit-sebanyak dapat membantu anda yang sedang dilamun kecewa. Lakukan dengan perlahan-lahan dan jangan paksa diri anda...Kita hidup di dunia bukan utk dikecewakan..So, happy- happy selalu okeh..=)
thanx..akan cube praktikkan...hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepada saya cara yang ke-5 brkesan,dngn kesibukan boleh mlupakn apa yg selalu ad di fikiran dan selalu mngingatkan kita.. :)
ReplyDelete