Saturday, February 2, 2013

INFO: PANDUAN MEMILIH KURSUS DI IPTA/IPTS

Assalamualaikum..

Hari ni nk share sikit panduan buat mereka2 yg ingin mlanjutkan pengajian ke ipta or ipts..Tentu dgn minat dan kemampuan...

Panduan memilih kursus adalah seperti berikut :

SECARA UMUM:
  1. Kenali KELAYAKAN Anda & Analisa setiap syarat kelayakan minimum supaya kita tak rugi apply sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
  2. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Business? Sastera? Sains? Teknikal?
  3. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DGN DIRI ANDA, sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga.
  4. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan bincangkan dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda supaya dapat nasihat daripada mereka kerana mereka mungkin ada cadangan yang bernas.
  5. Jangan ambil kursus yang anda TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan semangat untuk belajar.
  6. KENALI KEMAMPUAN anda, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan.
  7. Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH.. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup anda.
FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:
  1.  Pencapaian akademik  pelajar
  2. Cita-cita! (Kerjaya)
  3. Minat!
  4. Keinginan Ibu bapa!
  5. Pengaruh Rakan Sebaya!
  6. Lokasi IPTA dan pilihan program pengajian
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
  1. Tentukan aliran anda;
  2. Pastikan syarat minimum  mencukupi;
  3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan;
  4. Pilihan program pengajian diperluaskan; dan
  5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan.
PANDUAN MEMILIH IPTS: 
  1. Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
  2. Kemudahan fizikal.
  3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
  4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
  5. Bantuan Kewangan.
  6. Tanya rakan-rakan yang penah belajar di situ.
  7. Kemudahan penginapan.
Semoga menjadi panduan untuk anda...

No comments:

Post a Comment