Menurut Pearce (1982), produk pelancongan akan
mempengaruhi pelancong dalam memilih sesuatu destinasi pelancongan (Simon,
2000:122). Produk pelancongan dan imej kawasan pelancongan adalah berkait rapat
di mana imej adalah jumlah persepsi. Imej akan mempengaruhi pelancong dalam
memilih sesuatu destinasi pelancongan, menilai destinasi tersebut dan memberi
cadangan pada masa depan. Produk pelancongan pula adalah kajian mengenai
hubungan di antara imej terhadap sesuatu destinasi dan sikap pelancong (Bigne et.al,
2001:607). Jika penilaian produk pelancongan terhadap sesuatu destinasi dalam
imej positif yang tinggi, maka kemungkinan yang besar destinasi tersebut akan
dipilih dalam proses membuat keputusan. Imej positif dalam produk pelancongan
yang ditonjolkan ini akan menyebabkan pelancong mempunyai cadangan ingin
melawat kembali pada masa depan dan juga sebagai satu cara pemasaran terhadap destinasi tersebut
(Mill dan Morrison, 1992).
Manakala jika produk pelancongan terhadap sesuatu
destinasi dalam imej negatif dan tidak mempunyai daya tarikan, maka pelancong
akan mengubah keputusannya untuk mengunjungi ke destinasi tersebut pada masa
akan datang (Mill dan Morrison, 1992). Oleh itu, produk pelancongan yang unik dan
menarik akan menjadikan kawasan tersebut dikenali ramai tidak kira dalam negara
mahupun luar neagara. Produk pelancongan yang negatif terhadap sesuatu tempat
akan memburukkan nama tempat dan seterusnya menjejaskan potensi pelancongannya.
Produk pelancongan adalah penting dalam
menentukan keputusan yang akan dibuat oleh para pelancong. Pelancong akan
mengagihkan masa dan ruangan untuk memaksimumkan faedah melancong di samping
menjimatkan masa dan wang (Mathieson dan Wall, 1982). Produk pelancongan juga akan
mempengaruhi pelancong membuat keputusan imej yang positif dan negatif terhadap
sesuatu destinasi pelancongan.
Dalam aspek
fizikal elemen-elemen seperti sumber semula jadi iaitu pemandangan bentuk muka
bumi, flora dan fauna dan keadaan cuaca merupakan kesan persekitaran yang
mempengaruhi produk pelancongan di kawasan tersebut (Murphy et.al,
2000:45). Choy pada tahun 1992 telah menjelaskan bahawa penilaian produk
pelancongan bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kemudahan infrastruktur tetapi
juga oleh faktor pesekitaran seperti keadaan cuaca (Murphy et.al,
2000:46). Sebagai contoh semasa musim dingin, persepsi pelancong tempatan dalam
penilaian perjalanan tidak dipengaruhi oleh perkhidmatan infrastruktur dan
potongan harga. Di sebaliknya pelancong antarabangsa akan dipengaruhi oleh
keadaan musim sejuk, perkhidmatan infrastruktur dan potongan harga. Faktor
cuaca, fizikal dan tarikan kebudayaan serta harga akan mempengaruhi penilaian
produk pelancongan mereka terhadap
perjalanan pelancongan.
No comments:
Post a Comment