Thursday, February 28, 2013

# KATA MUTIARA 4

Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan meninggalkan kita untuk orang yang mereka sayang...Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang, tapi sayangilah apa yang kita dapat. 

Tuesday, February 19, 2013

KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA

Assalamualaikum..w.b.t
Salam Perjuangan..
Salam Sanjungan Bangsa..
Salam Satu Malaysia..



BERMINAT UNTUK JANA PENDAPATAN HEBAT HANYA ONLINE SANTAI?


SILA KLIK DI SINI


Entry kali ni nak share sikit pasal kerjaya bidang perancangan bandar & wilayah..memandangkan sy menuntut dlm bidang or jurusan ini..ramai yg tertanya-tanya profession ini malahan ada yg samakan dengan kerjaya seorang arkitek?..Berbeza sama sekali...Diploma Perancangan Bandar & Wilayah?Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah?pernah dengar x?mase dulu after je result SPM 2008 keluar..sy terclick satu kos diploma ni..rase mcm menarik dan hebat...Sedap didengar dan panjang ayatnyaaa..weeee...Xsangka pula dapat wlaupun pilihan ketiga mase tu..Pilihan pertama & kedua..amik kos undang-undang kat UIAM & Asasi undang-undang UiTM..xde rezeki nak amik bidang law..Serius katakan dari umur 6 tahun lg sy bercita-cita nk jd seorang peguam.Memang agak pelik bila je dapat kos ni..Dalam hati mcm2 perasaan bermain di fikiran..Bolehke aku ni nk rancang2 bandar nanti?...Alhamdulilah selama 3 tahun belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, K.lumpur sy byk belajar pasal bidang ni.. Daripada seorang yang tidak pandai nk mengukur jalan..tidak tahu menahu pasal bandar..now, sy sedang berkenalan lg dan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM Skudai, Johor Bahru...

Ayuh Rancang!Bangunkan Bandar!
OK, apa yg saya ingin katakan di sini mereka yang terlibat secara langsung dengan tugas yang berat lagi mencabar ini ialah Perancang bandar dan wilayah. Apakah sebenarnya tugas sebagai perancang bandar dan wilayah? Sebenarnya, pekerjaan ini merangkumi penyediaan pelan-pelan pembangunan kawasan-kawasan bandar, wilayah atau kawasan luar bandar. Pembukaan dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan penempatan memerlukan perancangan, susun atur serta pelan yang sistematik. Ini bertujuan mengelakkan sesebuah kawasan yang dibangunkan itu mendatangkan masalah dalam jangka panjang seperti kesesakan , pencemaran serta pembangunan persekitaran yang tidak teratur.

A goal without a plan is just a wish

Mereka juga terlibat dalam penyediaan pelan-pelan tempatan yang lebih terperinci yang sangat diperlukan untuk kawalan pembangunan. Selain itu, sebagai perancang mereka bertanggungjawab menterjemah dasar dan aspirasi kerajaan ke dalam pembangunan penempatan supaya selesa didiami rakyat.Dalam menjalankan tugasnya seorang jururancang dibantu oleh pembantu teknik dalam kerja-kerja seperti melukis dan mewarna pelan, membuat kajian tapak, mengumpul dan memproses data serta lain-lain kerja berkaitan. Kursus perancangan bandar dan wilayah yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan bertujuan melatih dan mengeluarkan jururancang bandar dan wilayah yang diperlukan negara. Selain itu, ia bertujuan membentuk dan memperkembangkan suatu rangka pendidikan yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara pada masa kini dan akan datang.

Transformasi Perancang Pendukung Wawasan

Semasa pengajian pelajar akan didedahkan berkaitan bidang ini termasuk teori perancangan, prinsip dan amalan, undang-undang, teknik-teknik perancangan, mereka bentuk serta pengetahuan asas perancangan. Pengajian ini juga menitikberatkan tentang kefahaman yang berkaitan perancangan seperti aspek geografi, alam sekitar, ekonomi, kejuruteraan, ukur tanah, pengurusan serta sains asas. Tapi, kemahiran melukis satu kelebihan untuk pelajar..

Pelajar tidak perlu bimbang dengan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di bidang ini. Ini kerana lulusannya mempunyai peluang kerjaya yang baik di mana pelajar boleh bekerja di jabatan atau agensi kerajaan termasuk Perbadanan Pembangunan Bandar, Dewan Bandaraya, majlis-majlis perbandaran, Perbandaran Pembangunan Bandar (UDA), serta Lembaga Kemajuan dan Pembangunan Wilayah. Selain itu lulusan di bidang ini boleh berkhidmat dengan firma-firma swasta di bidang perancangan dan pelaburan harta benda.





P/S: Jangan bimbang walaupun dapat kos ini..teruskan minat dan belajar..lama kelamaan bila dah terbiasa, rasa minat itu akan datang..so..good luck..=)

Sunday, February 17, 2013

ILMU RANCANG: FAKTOR PENDORONG UNTUK MELANCONG


Antara faktor-faktor yang mendorong untuk melancong adalah:

     Tarikan

Tarikan dari segi fizikal seperti senibina bangunan akan dapat menarik minat orang ramai melancong di sesebuah kawasan.  Oleh itu faktor  yang paling kuat untuk menarik orang ramai dan pelancong datang ke sesuatu tempat adalah kerana senibina bangunannya yang unik dan menarik . Selain tarikan fizikal seperti bangunan, tarikan dari segi acara yang terdapat di sesebuah pusat pelancongan juga merupakan salah satu ciri terbaik sesebuah pusat pelancong dalam menonjolkan “niche product” di kawasan itu.

      Aktiviti pertunjukkan dan acara yang disediakan

Di samping itu juga, tarikan dari segi acara akan menyebabkan pelancong mengulangi lawatan ke sesebuah pusat pelancongan. Sebagai contohnya, menggiatkan acara sedia ada di  pusat pelancongan seperti Japanese Film Show, Dance, Gasing/Pantun, Dikir Barat. Ia bukan sahaja memperkenalkan budaya kepada penduduk dan orang ramai malahan menjadi keunikkan kepada pelancong daripada luar negara.

       Perkhidmatan dan utiliti yang terdapat dalam kawasan kajian

Dalam pada itu, sesebuah pusat pelancongan perlu menyediakan atau memberi perkhidmatan dan fasiliti secara sempurna untuk menarik para pelancong. Sesebuah pusat pelancongan perlu sentiasa peka dengan kumpulan pelancong yang datang. Perkhidmatan dan utiliti di kawasan pelancongan itu mestilah mencukupi bagi menampung jumlah para pelancong yang datang ke kawasan tersebut.

 Faktor penyediaan Produk-produk Pelancongan yang berdaya maju

Melaksanakan produk-produk pelancongan yang benar-benar berdaya maju dan akan menjadi tarikan pelancong selaras dengan dasar pelancongan negara dan garis panduan penyediaan projek . Penyediaan produk-produk pelancongan yang mempunyai kelainan dan unik akan menarik ramai para pelancong dari dalam mahupun luar negara.Membelanjakan peruntukan pembangunan produk-produk pelancongan yang disediakan secara optimum berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan

 Faktor pertumbuhan dan kemajuan produk-produk pelancongan

Kemajuan produk pelancongan akan menyebabkan kawasan tersebut mudah untuk menarik para pelancong dan orang ramai. Kewujudan produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa seperti di Australia dan Beijing, China  telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di situ. Sebagaimana menurut B. Pirjevic (1989), sektor pekerjaan di bidang pelancongan  tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana tersedianya latihan sambil bekerja. Para pelancong akan mula mencari pekerjaan dalam bidang tersebut sekiranya kawasan itu maju dari segi produk yang ditonjolkan kepada para pelancong dan orang ramai.

 Faktor peluang pekerjaan masa hadapan

Kewujudan aktiviti dan  produk pelancongan di sesebuah kawasan sememangnya membawa kepada pertumbuhan dalam pelbagai jenis sektor dalam proses pembangunan di kawasan-kawasan sekitar secara amnya. Hasil daripada perkembangan aktiviti pelancongan tersebut wujudnya pelbagai fsektor perkhidmatan seperti wujudnya rumah-rumah rehat, hotel, servis, perniagaan kraftangan selain pertumbuhan pusat atau agen-agen pelancongan. Hasil daripada pertumbuhan pelbagai sektor yang berikut, peluang pekerjaan akan berjaya diwujudkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Pembangunan dan permintaan pembangunan pelancongan ini disebabkan peluang pekerjaan yang menjamin taraf hidup penduduk tempatan juga.



ILMU RANCANG: KEPENTINGAN "NICHES PRODUCT" DALAM SEKTOR PELANCONGAN



Menurut Pearce (1982), produk pelancongan akan mempengaruhi pelancong dalam memilih sesuatu destinasi pelancongan (Simon, 2000:122). Produk pelancongan dan imej kawasan pelancongan adalah berkait rapat di mana imej adalah jumlah persepsi. Imej akan mempengaruhi pelancong dalam memilih sesuatu destinasi pelancongan, menilai destinasi tersebut dan memberi cadangan pada masa depan. Produk pelancongan pula adalah kajian mengenai hubungan di antara imej terhadap sesuatu destinasi dan sikap pelancong (Bigne et.al, 2001:607). Jika penilaian produk pelancongan terhadap sesuatu destinasi dalam imej positif yang tinggi, maka kemungkinan yang besar destinasi tersebut akan dipilih dalam proses membuat keputusan. Imej positif dalam produk pelancongan yang ditonjolkan ini akan menyebabkan pelancong mempunyai cadangan ingin melawat kembali pada masa depan  dan juga sebagai satu cara pemasaran terhadap destinasi tersebut (Mill dan Morrison, 1992).

Manakala jika produk pelancongan terhadap sesuatu destinasi dalam imej negatif dan tidak mempunyai daya tarikan, maka pelancong akan mengubah keputusannya untuk mengunjungi ke destinasi tersebut pada masa akan datang (Mill dan Morrison, 1992). Oleh itu, produk pelancongan yang unik dan menarik akan menjadikan kawasan tersebut dikenali ramai tidak kira dalam negara mahupun luar neagara. Produk pelancongan yang negatif terhadap sesuatu tempat akan memburukkan nama tempat dan seterusnya menjejaskan potensi pelancongannya. Produk pelancongan  adalah penting dalam menentukan keputusan yang akan dibuat oleh para pelancong. Pelancong akan mengagihkan masa dan ruangan untuk memaksimumkan faedah melancong di samping menjimatkan masa dan wang (Mathieson dan Wall, 1982). Produk pelancongan juga akan mempengaruhi pelancong membuat keputusan imej yang positif dan negatif terhadap sesuatu destinasi pelancongan.

 Dalam aspek fizikal elemen-elemen seperti sumber semula jadi iaitu pemandangan bentuk muka bumi, flora dan fauna dan keadaan cuaca merupakan kesan persekitaran yang mempengaruhi produk pelancongan di kawasan tersebut (Murphy et.al, 2000:45). Choy pada tahun 1992 telah menjelaskan bahawa penilaian produk pelancongan bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kemudahan infrastruktur tetapi juga oleh faktor pesekitaran seperti keadaan cuaca (Murphy et.al, 2000:46). Sebagai contoh semasa musim dingin, persepsi pelancong tempatan dalam penilaian perjalanan tidak dipengaruhi oleh perkhidmatan infrastruktur dan potongan harga. Di sebaliknya pelancong antarabangsa akan dipengaruhi oleh keadaan musim sejuk, perkhidmatan infrastruktur dan potongan harga. Faktor cuaca, fizikal dan tarikan kebudayaan serta harga akan mempengaruhi penilaian produk pelancongan  mereka terhadap perjalanan pelancongan.

ILMU RANCANG: RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN)

Assalamualaikum..w.b.t
Salam Perjuangan
Salam Sanjungan Bangsa
Salam Satu Malaysia..


RSN?Memandangkan semester ni kena hasilkan & blaja RSN untuk projek studio pelan pembangunan II..so, xterlepas utk sy berkongsi serba sedikit tentang Rancangan Struktur Negeri..Sem ni..projek studio kitorang dekat area Johor..kwasan daerah Batu Pahat & Kluang...search2 internet sikit pasal RSN..nk berkenalan lebih lanjut..jom lerrr..


Rancangan Struktur (RS) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk:
  • Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
  • Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
  • Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan  ekonomi;    
  • Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
  • Memudahkan pembangunan secara mampan

RS juga hendaklah mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan.

Fungsi Rancangan Struktur:
  • Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN)
  • Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT)
  • Menentukan gunatanah utama negeri; dan
  • Menentukan projek utama negeri.

# KATA MUTIARA 2

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

# KATA MUTIARA 1

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Friday, February 15, 2013

Alhamdulilah Untuk Result!

Salam..
Salam Sanjungan Bangsa..
Salam Satu Malaysia...


Alhamdulilah..alhamdulilah..alhamdulilah..result sem 5 kuar..mampu bersyukur saja..harap sem 6 ni dpt buat yg terbaik lg..Bila part lecturer ckp tinggal 2 sem lg..setahun lg nk grad untuk degree ni..aku mula terkejut..mcm xpercaya..seakan-akan rasa masih berada di sem 1..hehehe..Untuk my mom n my dad n all my family..setakat boleh belajar..epy teruskan..*doakan selalu.." Hidup sebagai student sehari mcm xberasa setahun mcm sekejap"(ungkapan sendiri)..Miss all my family..selalu homesickness bila brada jauh sgt...ehhee..malu den..cuti sem..Studio untuk sem ni rase mcm hard sikit..kena work hard..then aku termasuk group economic bases!economic memg xpernah blaja waktu sekolah dulu2...sem ni buat RSN kt daerah kluang n Batu Pahat, Johor..HIHIHI...kena jd org eko jap,..

Syukur sbb ada roomate yg mcm adik beradik sendiri..=)

See u again my friends!

P/S: Kena study gila2 utk sem ni..HAHA..

Ku Tetap Menunggumu

Ku tetap kan menunggu mu
Walau apa pun berlaku
Ku tetap kan bersama mu
Hanya waktu yang berlalu

Ku impikan dikau selalu
Hanya itu yang ku mampu
Masih terasa sentuhmu
Kapan lagi kan bertemu

Ku berjanji kan selalu
Di sampingmu walau jauh
Jauh ke hujung dunia ini
Ku tetap kan menunggu mu
Jangan bimbang jangan ragu
Kau tetap bintang hatiku
Kekal sehingga akhir hayatku
Ku tetapkan menunggu
Ku tetapkan menunggumu

Ku impikan dikau slalu
hanya itu yang ku mampu
Masih terasa sentuhmu
Kapan lagi kan bertemu

Saturday, February 2, 2013

INFO: PANDUAN MEMILIH KURSUS DI IPTA/IPTS

Assalamualaikum..

Hari ni nk share sikit panduan buat mereka2 yg ingin mlanjutkan pengajian ke ipta or ipts..Tentu dgn minat dan kemampuan...

Panduan memilih kursus adalah seperti berikut :

SECARA UMUM:
  1. Kenali KELAYAKAN Anda & Analisa setiap syarat kelayakan minimum supaya kita tak rugi apply sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
  2. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Business? Sastera? Sains? Teknikal?
  3. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DGN DIRI ANDA, sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga.
  4. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan bincangkan dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda supaya dapat nasihat daripada mereka kerana mereka mungkin ada cadangan yang bernas.
  5. Jangan ambil kursus yang anda TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan semangat untuk belajar.
  6. KENALI KEMAMPUAN anda, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan.
  7. Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH.. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup anda.
FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:
  1.  Pencapaian akademik  pelajar
  2. Cita-cita! (Kerjaya)
  3. Minat!
  4. Keinginan Ibu bapa!
  5. Pengaruh Rakan Sebaya!
  6. Lokasi IPTA dan pilihan program pengajian
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
  1. Tentukan aliran anda;
  2. Pastikan syarat minimum  mencukupi;
  3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan;
  4. Pilihan program pengajian diperluaskan; dan
  5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan.
PANDUAN MEMILIH IPTS: 
  1. Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
  2. Kemudahan fizikal.
  3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
  4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
  5. Bantuan Kewangan.
  6. Tanya rakan-rakan yang penah belajar di situ.
  7. Kemudahan penginapan.
Semoga menjadi panduan untuk anda...