Monday, December 12, 2011

# Bulan lambang peribadimu..=)

ASSALAMUALAIKUM....

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

P/s: Sy lahir pada 19 julai 1991...dalam bulan islam...bersamaan hari jumaat 7 Muharram 1412...so, bulan Muharram...jom semak tarikh lahir anda dalam bulan islam di http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php...

Sunday, November 13, 2011

# Jom Belajar Bahasa Thai! #


Assalamualaikum..


Belajar bahasa Thai?jomlaa...mana la taw kot2 korang nak pi jalan2 ke Thai nanti..senangla sikit kalau ada basic bahasa Thai ni kan..ermmm..jangan berbelit lidah sudah la terr...singgah pi kedai2 area Thai ker..nak ngorat2 minah2 Thai ker..kotla kan..Ayuh jerlaa...sekadar pengetahuan jerr!=)






Pelajaran pertama 
satu = neng 
dua = song 
tiga = saam 
empat = si 
lima = ha 
enam = houk 
tujuh = chet 
lapan = ped 
sembilan = kaw 
sepuluh = sib 

sawaddi krab/kha = selamat sejahtera ( "krab/khab" ditutur oleh boy dan "kha" ditutur oleh girl) 
Selamat Pagi = Arun Sawad 
Selamat Malam = Ratree Sawad 
Selamat Tinggal = La korn 
Apa Khabar? = Sabai di Mai? 
Khabar Baik = Sabai di 
Terima Kasih = Khob Khun 
Terima Kasih (diucap oleh lelaki) = Khob Khun Krab (ada kalanya disebut Khob Khun Khab) 
Terima Kasih (diucap oleh perempuan = Khob Khun Kha 
Awak tinggal di mana? = Khun ju thi nai 
Awak dari mana? = Khun ma chak nai 
Bolehkah awak cakap bahasa Thai? = Khun phud phasa Thai dai mai? 
Ya (diucap oleh lelaki) = Krab/Khab 
Ya (diucap oleh perempuan = Kha 
Ya = Chai 
Boleh = Dai 
Tidak = Mai 
Tidak boleh = Mai Dai 
pergi = Peai/pai 
mari = Ma 
Makan = Kin 
Minum = Deum 
Beritahu = Bouk/Bok 
Tahu = Roou (lalau bahasa bm disebut 'ru') 
Tidak Tahu = Mai Roou 
Tidak Pandai = Mai Pen 
Mahu = Aw/Ao 
Tidak Mahu = Mai Aw 
Di mana? = Thi nai? 
Bila = Mea rai 
Siapa = Khrai 
Apa = Arai 
kedai = Rarn 
Jalan = Thanon 
Rumah = Ban 
Wang = ngen 
Market = Talat 
Ini Berapa? = Ni thau rai? 
Itu Berapa? = Nan thau rai? 
Mahal = Pheng 
Murah = Thook 
Banyak = Mak Mak (kalau nak ucap terima kasih byk2, ucap la "Khob Khun Mak Mak") 
Sikit = Nid Noi 
Senyum = Jim (kalau nak suruh awek senyum sikit, korang cakap la "Jim Noi") 
saya (ditutur oleh girl) = chan 
saya (ditutur oleh boy) = phom 
cinta = rak 
Suka = chob 
kamu = ther 
saya cintakan kamu/awak = chan/phom rak ther 
saya suka awak = chan/phom chob ther 
cik/awak = Khun 
Dia = Khau




Pelajaran Dua


Saya = Phom,Kra'phom,Chan,Di'chan
Awak = Ther, Khun
adik perempuan = Norng Saw
Dia = Khao
Nama = Che
Encik = Khun, Naai
Kita = Rao
Cik = Khun, Narng Saw
Bapa Saudara = Lung,Naa', Aa
Tuan = Than
Emak Saudara = Paa , Naa
Puan = Narng
Suami = Saami
Mereka = Khao Thang Lai
isteri = Phanraya
Aku = Ku
isteri muda = Mia Noi
Kamu = Meng
isteri tua = Mia Luang
Ayah (Bapa) = Bi'da (phao)
Anak = Look
Bonda (ibu) = Manda (mae)
Anak Saudara = Larn
Abang/kakak = Phee
Anak Dara = Look Saw
Adik = Norng
Anak tiri = Look Liang
Abang ( L) = Phee Cha
anak kunci = Look kunchae
Kakak (P) = Phee Saw
anak menantu (L) = Look kheghey
Adik (L) = Norng Chai
anak menantu (P) = look Sa'phaii
Bapa Mertua = Pho kheghey
ibu mertua = Ma kheghey
Abang ipar = Phee kheghey
kakak ipar = Phee Sa'phaii
Adik ipar = Norng kheghey
Bapa tiri = Pho Liang
Ibu tiri = Mae Liang
Pondan = Kra'theghey
Anak lelaki = Look chai
anak perempuan = Look Saw
Anak yatim = Look Kampraa Look liang
Waris = jart
adik beradik = Phee norng
Orang = khon
Orang Muda (L) = Khon nun
Orang tua = Khon kae
Orang lain = Khon een
Gadis/perawan = Saw
Orang ini = Khon nee'
Tiap Tiap oramg = thuk thuk khon
Orang itu = khon nant





Pelajaran Tiga




Hari Sabtu = Wan Sao
Hari ahad = Wan Arthit
Hari Isnin = Wan Chant
Hari Selasa = Wan Angkhaan
Hari Rabu = Wan phut
Hari Khamis = Wan Pha' re'hat
Hari Jumaat = Wan suk
Hari cuti = Wan Jud Ngan
Hari Kelepasan am = Wan jud rachakarn
Hari Tahun Baru = Wan pee mai

Pelajaran Empat




Bulan = Deghan
Bulan Januari = Deghan Mak Krakhom
Bulan Februari = Deghan khumphaphan
Bulan March = Deghan Mee nakhom
Bulan April = Deghan Mesayon
Bulan Mei = Deghan Pre saphakom
Bulan Jun = Deghan Mee thu' nayon
Bulan Julai = Deghan karak kdakhom
Bulan Ogos = Deghan Siang ha khom
Bulan September = Deghan Kan yayon
Bulan Oktober = Deghan Tu'la korn
Bulan November = Deghjan Pre sachik kayon
Bulan Disember = Deghan Thanwakhom

Pelajaran Lima




Warna : see
Warna merah : see daeng
Warna kuning : see Leghang
Warna biru : see Naamngen
Warna biru muda : see Faa
Warna hitam ; see dam
Warna kelabu : see thau
Warna hijau : see khiaw
Warna muda (lembut): see orn
Warna puteh : see khaaw
Warna ungu : see muang
Warna jambu : see chompu
Warna koko : see koko
Warna cerah : see chaeng
Warna gelap : see merd

Pelajaran Enam




Ini : Nee'
Itu : Nant
Di sini : Thi Nee
Di sana : Thi Nont
Di situ : Thi Nant
Di mana ? : Thi Naii ?
Apa? : A'arai ?
Itu apa? : Nant a'arai?
Bila ? : Megharai ?
Siapa ? : Khrai ?
Buat apa ? : Tham a'arai ?
Kenapa ? : Tham mai?
Ya (jawapan) : Chai
Ya (Jawapan lelaki) : Khrab
Ya (jawapan perempuan) : Khah
Bukan : Mai Chai
Tidak : Mai, Plao
Sekarang : Diaw nee
Yang lepas : Thi Pharm maa
Lepaskan : Ploi
Ada : mee
Tiada ; mai mee
Ada urusan ; mee thu' ra'
Ada hal ; mee reghang
Tiada apa apa ; mai mee a'arai
Ada sedikit sahaja ; mee lek noi thaunant
Sudah ; Sed laew
Belum sudah ; Yang mai sed
Sudah selesai ; Sed riabroi laew
Sudah habis ; Mod laew
Masih ada lagi ; yang mee eik

Pelajaran Tujuh






Tubuh (badan) : Rang kai
Rambut : Sent phom
Kepala : Hua (sisa')
Telinga : Hoo
Lidah : Lint
Mata : Taa
Biji mata : Look taa
Hidong : Chmook
Pipi : Kaem
Dagu : Kharng
Lubang : Roo
Lubang hidung : Roo chmook
Lubang telina : Roo hoo
Tengkak/leher : Kho
Tangan : Me'
Lengan : Khaen
Tangan kiri : me' saii
Tangan kanan : me' khwa
Jari : Niw'
Jari tangan : Niw' me'
Jari kaki : Niw' thaw
Kaki : Thaw, khaa
Ibu jari : Hua mae me
Jari telunjuk : Niaw chee'
Jari tengah : Niw klang
Jari manis : Niw narng
Jari kelingking : Niw koi
Siku : sork
Perut : Thong
Dada : ok , naa ok
Tulang : kra'doo
kepal : kam me'
tulang belakang : kra dook sanlang
Kampung awak kat mana ? - ban den yu thi nai ? 

Pelajaran Lapan



Hantar ; song
Buat ; Tham
Buat apa? ; Tham a'arai?
Bangun ; luk ken
Bangun tidur ; tern norn
Berdiri ; Jern
Bercakap ; Phood
Berbual ; khuai
Makan ; kin
Minum ; Derm
Telan ; kelen
Tidur ; Norn
Turun ; Long
Naik ; Ken
Bergerak ; Khleghan wai
Menangis ; Rong hai
Sarapan ; Rab pra'tharm
Senyum ; Jim
Ketawa ; Hua ro'
Tolong ; Chuai
Cegah ; Pongkan
Sepak ; Tek
Sepak bola ; Tek futboln
Tolak ; phlak
Tarik : Deng
Duduk ; Nang
Kejar ; Jik
Halau ; Lai
Jatuh ; Tok, Lon
Bersetuju ; Jin dee,Tok Long
Lompat ; kra'dord
Lompat tinggi : kra'dord soong
Lompat jauh ; kra'dord klai
Pukul ; Tee
Tampar ; Tob
Tampar muka ; Tob naa
Tengok ; Doo
Menonton ; Chom
Mengigit ; Kad
Tunduk ; Kom
Tunduk hormat ; khorng
Nampak ; Hen
Mahu ; Tong karn, Au
Hendak ; Au , Tong karn
 ( apa kabar anda ? / anda sehat ke ? )- Sebai de re khab ?
Nak order - Khor Sorng aa'harn
Nasi goreng ayam - Khau kai thord
Nasi puteh/nasi kosong - khau plao
Nasi tambah - khau tern
teh ais/teh sejuk - cha jen
teh - naam cha
ayam goreng - khai thord
daging goreng - Negha'wua thord
Tolong lap - chuai chad tok
Tolong kira duit - chuai khid ngern
jom p dating/jejalan - Pai thaieu

Pelajaran Sembilan


Ambil : Jib, Au
Angkat ; Jok
Ajar : sorn
Pergi : pai
Mari/datang : maa
Cuba : Long, Thod long
Memasak ; Hung
Cari ; Haa
Sembah ; Wai
Berenang ; Wai naam
Hulur ; Jen hai
Pikul ; harm, baek
Hisap ; Soob
Tiup ; Pao
Hisab (maths) ; Khid
Sedut ; Dood
Suka (berkenan) : Chorb
Cinta ; Rak
Sukahati ; gembira
Lahir/beranak ; Kerd, khlod
Hidu ; Dom, Horm
Kucup ; choob
Dukacita ; Sia chai
Sakithati ; Cheb chai
Cium ; Horm
Tumbuk ; Toi, chok
Jemput /persilakan : Chern
Panggil ; Riak
Lambai tangan ; Bork me'
Beritahu ; Bork, Chaeng
Istihar ; Pra' kard
Pegang ; Te chab
Tangkap ; Chab
Panjat ; Peen
Marah ; Krot
Benci ; Kliad
Dengki ; itcha
Tulis ; khian
Baca ; Arn
Baca buku ; Arn nangse'
Sain nama /tandatangan ; Sen che'
Buang air kecil ; Pat sawa/Jiaw
Buang air besar ; thaiujjara'
Buka ; Perd

Pelajaran Sepuluh


Tutup = Pid
Tarik = Deng
Keluar = Ork
Masuk = khao
Lari = wing
Lari pantas = wing rew
Lari (elak diri) = Hni, leek
Cepat = Rew
Segera = Duan
Lambat lambat = chaa' chaa'
Lewat = Saai
Datang lewat = maa saai
Perlahan = koi
Perlahan lahan = koi koi
Bisng = siang dang
Rasa = Roo' sek
Rasa dukacita = Roo'sek sia chai
Bisik = Kra'sib
Basuh = Laang
Cuci = sak
Basuh tangan = Laang me
Cuci baju = Sakj segha
Senyap = Ngiab
Sunyi = Ngau
Notis = Pra'kard
Amaran = Ra'wang
Larang = Ham
Dilarang masuk = Ham khao
Sila keluar = Chern ork
Jangan = Jaa
Kemalangan = U'bat tahet
Kemalangan jalan raya = U'bat tahet bon thanon
Mati = Taai, sia chiwit
Hidup = mee chiwit
Mati lemas = Taai chom naam
Berjalan = Dern
Terbang = Bin
Kapak terbang = Khreghang bin
Melayang = Loi
Melayang atas udara = Loi bon aakard
Mengalir = Hlai
Lontar = Khwaang
Meludah air lior = Thui naam lai
Tembak (pistol) = Jing
Buang = Thing
Kena tembak = thook jing
Campak = Jorn
Cinta = rak
Cinta pada awak = Rak khun/ Rak ther
Percintaan = khwaan rak
Berkahwin = Taeng ngan, Som rod
Bercerai = Ja
Berpisah = Lerkkan
Ikut = Tarm
Sambung = To
Menjahit = Jeb
Mengkuti = Tidtarm
Suroh/arah = Sang
Guna/pakai = Chaii
Bayar = Chai,Sia
Beli = segh
Upah = Chang
Timbang/berat = Chang
Ambil upah = Rab chang
Borong/Kontrak = Mao





P/S: So..dapat folllow x?lpas ni cmfirm bleh cakap Thai..hehehe,,,

Monday, October 31, 2011

# Manusia boleh berubah bahhh #

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
     Ada saat saat dalam pergaulan, kau mungkin merasa direndahkan, merasa terhina atau merasa diremehkan kerana kedudukan, status sosial atau cara pemakaian. Lalu kau merasa direndahkan sedemikian rupa hingga kau merasa dikecilkan atau merasa tak dianggap sama sekali atau bahkan tak "diorangkan" oleh orang lain, sabarlah dan ucapkan Alhamdulillah !
" MANUSIA BOLEH BERUBAH BILA2 MASA & BILA-BILA DIA NAK JER? XPERLU NAK MENGHINA SEBAB MANUSIA BUKAN SEMUANYA PERFECT...
    Susah memang pada awalnya, dihina ? Yang jelas tak perlu merasa terhina saat dihina orang lain, kerana orang yang mudah menghina orang lain adalah bukan orang yang mulia. Jangan-jangan lebih hina dari orang yang sedang dihina. Lagi pula Dia dalam firmanNya mengatakan

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain ( karena ) boleh jadi mereka ( yang diolok-olokan ) lebih baik dari mereka yang mengolok-olokan " (QS 49:11)

      Jelas sekali kan firmanNya itu. Jadi mengapa perlu bersedih atau sakit hati bila dihina orang lain ? Lagi pula hinaan itu ibarat kawah candradimuka, hati itu dicaci sedemikian rupa, agar tak mudah goyah, tabah dan sabar. Jadilah seperti pokok dilempar dengan batu tapi tetap dibalas buah atau jadilah seperti baja yang makin di tempa, makin di palu makin kuat.
Sekian............

Tuesday, October 25, 2011

# Kataku katamu jua #

Assalamualaikum...
Apa khabar semua?ok..


Just nak share dgn anda2 kata-kata menarik ni...


“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

Tuesday, October 4, 2011

# Bila Rasaku ini Rasamu!

aku memang terlanjur mencintaimu
dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku



ku mohon jangan jadikan semua ini
alasan kau menyakitiku
meski pun cintamu tak hanya untukku
tapi cobalah sejenak mengerti
reff:
bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi
aku memang terlanjur mencintaimu

Sunday, September 11, 2011

# J.A.N.G.A.N...K.E.R.A.N.A #

Salam...


Jangan kerana terlalu menyayangi....kita akan membenci dengan begitu hebatnya...
Jangan kerana terlalu ingin mencintai sehingga kita lupa kita tidak dicintai..
Jangan kerana terlalu alpa pada duniawi..kita lupa pada yang hakiki..
Jangan kerana terlalu mudah menerima..hingga kita lupa untuk memberi

Jangan kerana asyik mengeluh..kita lupa untuk bersyukur...
Jangan kerana pandai berkata-kata hingga kita lupa mungkin ada yang terluka..

Jangan kerana melihat kesalahan orang lain..kita sudah melihat diri kita yang betul..
Jangan kerana dendam di hati..putusnya hubungan silaturahim..
Jangan kerana manisnya bicara...ada yang terkecewa..

Jangan kerana cinta duniawi..kita memusnahkan diri.
Jangan kerana kita terlalu menunggu masa..kita sudah jauh ditinggalkan
Jangan kerana kita lambat untuk melafazkannya..
kita kehilangan peluang itu sampai bila-bila..



bersederhanalah dalam apa jua yang kita lakukan atau rasai
Jangan kerana terlalu asyik dibuai perasaan gembira.bila kecewa kita menangis seperti orang hilang akal.



# Senyum itu indah..xperlu kata apa-apa! #

Salam..



Senyum dapat membuat wajah kita terlihat indah
Senyum dapat membuat wajah kita terlihat menarik
Senyum pun dapat membuat wajah kita tetap awet muda






Tersenyumlah dengan ikhlas, kerana dapat membuat hati ini lebih tenang
Tersenyumlah dikala hatimu gundah, kerana ini akan tetap menguatkanmu
Tersenyumlah untuk dunia yang indah ini





Dengan tersenyum, dapat memancarkan kebahagiaan dalam hidup kita
Orang yang melihat akan senang melihat senyuman kita yang memancarkan kebahagiaan
Tersenyumlah untuk keluargamu, saudaramu, sahabatmu, teman – temanmu dan kekasihmu

Senyum xperlu kata apa-apa!=)

Saturday, September 10, 2011

# Banyak soalan byk juga jawapannya? # C.I.N.T.A. R.E.M.A.J.A..?

Salam..

Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.
Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.
Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.
Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.
Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.
Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.
Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.
Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah “cinta” bagi lelaki dan wanita.