Sunday, September 11, 2011

# J.A.N.G.A.N...K.E.R.A.N.A #

Salam...


Jangan kerana terlalu menyayangi....kita akan membenci dengan begitu hebatnya...
Jangan kerana terlalu ingin mencintai sehingga kita lupa kita tidak dicintai..
Jangan kerana terlalu alpa pada duniawi..kita lupa pada yang hakiki..
Jangan kerana terlalu mudah menerima..hingga kita lupa untuk memberi

Jangan kerana asyik mengeluh..kita lupa untuk bersyukur...
Jangan kerana pandai berkata-kata hingga kita lupa mungkin ada yang terluka..

Jangan kerana melihat kesalahan orang lain..kita sudah melihat diri kita yang betul..
Jangan kerana dendam di hati..putusnya hubungan silaturahim..
Jangan kerana manisnya bicara...ada yang terkecewa..

Jangan kerana cinta duniawi..kita memusnahkan diri.
Jangan kerana kita terlalu menunggu masa..kita sudah jauh ditinggalkan
Jangan kerana kita lambat untuk melafazkannya..
kita kehilangan peluang itu sampai bila-bila..



bersederhanalah dalam apa jua yang kita lakukan atau rasai
Jangan kerana terlalu asyik dibuai perasaan gembira.bila kecewa kita menangis seperti orang hilang akal.



4 comments:

  1. jangan kerana nafsu , manusia hilang akal .
    jangan kerana manusia , kita lupa Allah :)

    ReplyDelete
  2. Semua adalah Jangan Kerana....jangan kerana manusia sehingga kita sanggup hilang nyawa...=)
    Semua xbawak kita kemana...

    ReplyDelete
  3. Jangan,jangan,jangan berpandukan nafsu semata :)

    ReplyDelete