GIS
adalah memberi maksud kepada Geographic Information System atau dalam
bahasa ialah Sistem Maklumat Geografi. GIS adalah satu sistem maklumat
yang boleh menyimpan, memapar, menganalisis, dan memanipulasi data yang
berkaitan dengan data reruang (spatial data).Sistem Maklumat Geografi (GIS)
merupakan satu perisian yang direkabentuk untuk memperoleh, menyimpan,
menganalisis dan menyampaikan maklumat dengan cepat dan mudah dengan
menggabungkan maklumat dalam bentuk grafik atau spatial dengan maklumat
berbentuk data. GIS adalah satu sistem
komputer yang berkeupayaan menerima (input), menyimpan (store), mengeluarkan
(retrieve), menganalisa (analyse) serta memaparkan (display) kembali data
reruang (spatial). Bermakna GIS ini adalah satu sistem perkomputeran di mana ia
ade komponen-komponen untuk menyokong sistem ini. Komponen-komponen GIS adalah
terdiri daripada 4 perkara iaitu Personel, Perisian, Perkakasan dan Data
Kaedah.
Pendekatan
perancangan dan pengurusan yang mampan memerlukan satu sistem maklumat yang
dapat menyokong proses perancangan dan pengurusan bagi menggubal keputusan yang
lebih baik. Kemunculan GIS memberikan harapan untuk digunakan sebagai peralatan
penting dalam aktiviti perancangan dan pengurusan bandar dan wilayah. Keupayaan
GIS sentiasa dipertingkatkan, diperkemas dan digabungkan dengan sistem maklumat
yang lain bagi membolehkan GIS menjadi sebagai sistem sokongan perancangan yang
berkesan. Walau bagaimanapun masih terdapat isu-isu teknikal, organisasi,
perundangan dan kemanusiaan perlu diperkemaskan sebelum GIS benar-benar dapat
digunakan bagi tujuan perancangan dan pengurusan.
Kesimpulannya, GIS membawa banyak manfaat kepada semua pengguna dalam memantau
peta dan pelan serta dalam mengumpul pelbagai data. GIS membolehkan untuk
membuat peta yang berbeza maklumat lapisan, dan kombinasi lapisan pada masa
yang sama. Setiap lapisan terdiri daripada data sendiri ruang dan data atribut
yang mudah boleh membuat atau mendaftar melalui sistem GIS. Selain itu, GIS
juga boleh mengintegrasikan semua data daripada pelbagai sumber dan
menghasilkan keputusan yang berkesan untuk analisis. Dengan fungsi yang kuat,
dan dengan itu, GIS menyediakan alat yang berkesan dan penting dalam tujuan
yang berbeza dalam usaha untuk memastikan perancangan yang pesat dan matlamat
dan objektif yang perlu dicapai.Pemahaman fungsi-fungsi GIS dan keperluannya adalah faktor utama kejayaan.
P/S:Berbagai-bagai pertimbangan yang terlebih dahulu harus diteliti sebelum penglibatan penggunaan dilakukan. Strategi pembangunan adalah faktor penting menentukan kejayaannya dan setimpal dengan peruntukan kewangan dan kos-kos lain yang terlibat dalam pembangunan GIS ini.
No comments:
Post a Comment