Assalamuaikum..
Salam Satu Malaysia..
Salam Sanjungan Bangsa...
Kali ni kita share pulak kenapa perlunya latihan industri..apa pentingnya? Ok, sebenarnya latihan industri merupakan salah satu daripada elemen pembelajaran
yang wajib dijalankan oleh pelajar universiti yang berkaitan. Namun, tidak
semua bidang pembelajaran memerlukan pelajarnya menjalankan latihan industri.
Latihan industri ini sememangnya bertujuan untuk memberi pendedahan dan
pengenalan kepada siswa tentang pelbagai aspek. Pelajar Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah seperti saya
sememangnya ditetapkan untuk meneruskan proses pembelajaran dengan melakukan
latihan praktikal selama tiga bulan sbyak 2 kali.
Menjalani latihan industri ini sebenarnya banyak memberi
pengalaman baru dan pengetahuan yang bervariasi dalam dunia pekerjaan sebenar
fokus kepada bidang yang diceburi khususnya. Selain itu juga para pelajar juga
didedahkan dengan etika semasa berkerja. Latihan Industri bertujuan untuk
mendedahkan pelajar situasi sebenar alam pekerjaan dan etika pengurusan bekerja
serta bagaimana untuk mempraktikkan pembelajaran dalam kuliah dan bidang kerja
sebenar.
Latihan Industri ini banyak memberi manfaat terutamanya dalam
persediaan mental, emosi, etika kerja, disiplin dan pengurusan masa.
Elemen-elemen ini penting dalam membentuk keperibadian dan juga menjaga nama
baik universiti dimata masyarakat luar. Laporan Industri pula dihasilkan bagi
mejadi bukti dan rujukan tambahan terhadap kerjakerja yang telah dilakukan. Di
dalam laporan ini terkandung setiap kerja dan tugasan yang diberikan semasa
menjalani latihan selain bahan ilmiah yang diperolehi sepanjang menjalani praktikal.
Laporan ini dapat menilai para pelajar terhadap dedikasi semasa latihan
dijalankan.
P/s: Happy Practical..Be the best among the very best!
No comments:
Post a Comment