Salam Sanjungan Bangsa..
Entry kali ni pasal Jerawat..Jerawat mengurangkan keyakinan diri?betul ke?Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia.
Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian. Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.
Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.
Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit.
Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut. Tetapi ramai tersalah anggap yang gejala jerawat berpunca daripada penyakit resdung yang dihidapi oleh kebanyakkan orang. Maaf saya katakan tapi ianya tidak benar sama sekali.
Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun temurun. Simptom penyakit resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat. Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan kegatalan.
Apabila kita menggaru kulit muka kita dengan kuku, barulah ia menjadi punca jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka. Maknanya, anda tidak boleh mengubati jerawat dengan melakukan rawatan resdung kerana ia adalah dua penyakit yang berbeza.
Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.
Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?
- Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.
- Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
- Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
- Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
- Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
- Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.
- Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.
like sangat artikel ni. Tapi nak rawat jerawat kadang kadang kena rawat dalaman dulu.
ReplyDeleteJom baca perkongsian saya juga,
http://carisetbersalin.blogspot.com/2014/06/kenapa-jerawat-saya-tak-mau-hilang-ni.html
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete