Sunday, February 17, 2013

ILMU RANCANG: FAKTOR PENDORONG UNTUK MELANCONG


Antara faktor-faktor yang mendorong untuk melancong adalah:

     Tarikan

Tarikan dari segi fizikal seperti senibina bangunan akan dapat menarik minat orang ramai melancong di sesebuah kawasan.  Oleh itu faktor  yang paling kuat untuk menarik orang ramai dan pelancong datang ke sesuatu tempat adalah kerana senibina bangunannya yang unik dan menarik . Selain tarikan fizikal seperti bangunan, tarikan dari segi acara yang terdapat di sesebuah pusat pelancongan juga merupakan salah satu ciri terbaik sesebuah pusat pelancong dalam menonjolkan “niche product” di kawasan itu.

      Aktiviti pertunjukkan dan acara yang disediakan

Di samping itu juga, tarikan dari segi acara akan menyebabkan pelancong mengulangi lawatan ke sesebuah pusat pelancongan. Sebagai contohnya, menggiatkan acara sedia ada di  pusat pelancongan seperti Japanese Film Show, Dance, Gasing/Pantun, Dikir Barat. Ia bukan sahaja memperkenalkan budaya kepada penduduk dan orang ramai malahan menjadi keunikkan kepada pelancong daripada luar negara.

       Perkhidmatan dan utiliti yang terdapat dalam kawasan kajian

Dalam pada itu, sesebuah pusat pelancongan perlu menyediakan atau memberi perkhidmatan dan fasiliti secara sempurna untuk menarik para pelancong. Sesebuah pusat pelancongan perlu sentiasa peka dengan kumpulan pelancong yang datang. Perkhidmatan dan utiliti di kawasan pelancongan itu mestilah mencukupi bagi menampung jumlah para pelancong yang datang ke kawasan tersebut.

 Faktor penyediaan Produk-produk Pelancongan yang berdaya maju

Melaksanakan produk-produk pelancongan yang benar-benar berdaya maju dan akan menjadi tarikan pelancong selaras dengan dasar pelancongan negara dan garis panduan penyediaan projek . Penyediaan produk-produk pelancongan yang mempunyai kelainan dan unik akan menarik ramai para pelancong dari dalam mahupun luar negara.Membelanjakan peruntukan pembangunan produk-produk pelancongan yang disediakan secara optimum berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan

 Faktor pertumbuhan dan kemajuan produk-produk pelancongan

Kemajuan produk pelancongan akan menyebabkan kawasan tersebut mudah untuk menarik para pelancong dan orang ramai. Kewujudan produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa seperti di Australia dan Beijing, China  telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di situ. Sebagaimana menurut B. Pirjevic (1989), sektor pekerjaan di bidang pelancongan  tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana tersedianya latihan sambil bekerja. Para pelancong akan mula mencari pekerjaan dalam bidang tersebut sekiranya kawasan itu maju dari segi produk yang ditonjolkan kepada para pelancong dan orang ramai.

 Faktor peluang pekerjaan masa hadapan

Kewujudan aktiviti dan  produk pelancongan di sesebuah kawasan sememangnya membawa kepada pertumbuhan dalam pelbagai jenis sektor dalam proses pembangunan di kawasan-kawasan sekitar secara amnya. Hasil daripada perkembangan aktiviti pelancongan tersebut wujudnya pelbagai fsektor perkhidmatan seperti wujudnya rumah-rumah rehat, hotel, servis, perniagaan kraftangan selain pertumbuhan pusat atau agen-agen pelancongan. Hasil daripada pertumbuhan pelbagai sektor yang berikut, peluang pekerjaan akan berjaya diwujudkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Pembangunan dan permintaan pembangunan pelancongan ini disebabkan peluang pekerjaan yang menjamin taraf hidup penduduk tempatan juga.



2 comments: