Friday, August 2, 2013

TUTORIAL 3: MENCARI TAJUK THESIS?

Assalamualaikum w.b.t
Salam Perjuangan..
Salam Sanjungan Bangsa..

Entry kali ni adalah pasal thesis..Kadang2 memikirkan tajuk thesis boleh menjadi masalah bg sesetengah pelajar..sy sendiri pun masih bingung tajuk apakah yg nak dibuat nanti utk sem depan ni..Melangkah ke tahun 4 semestinya saat menggerunkan bg student Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah..Ditugaskan utk menyiapkan satu thesis sebelum menamatkan pengajian..First...fikir & fikir dulu tajuk tesis yg ingin ditulis...Ok.sy ada terbaca satu article pasal mencari dan mencetuskan ilham bagi tajuk thesis...di bawah ni ada sikit cara-cara mencari tajuk thesis yg cukup relevan..




Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mencetuskan ilham bagi tajuk thesis anda. Antaranya adalah seperti berikut:


1. Tanya kepada diri anda bidang apa yang anda sukai.


 Misalnya, di dalam bidang perancang bandar & wilayah, rakan saya menyukai bidang GIS manakala saya pula, lebih cenderung kepada tourism or rural. Terpulanglah pada masing2, asalkan minat utk menerokai bidang tu mesti ada. Walaupun anda akan makan tidur dengan thesis selama satu semester sahaja, harus juga diingat bahawa minat itu penting bagi memastikan anda mempunyai sebab untuk memulakan dan menamatkan penulisan thesis anda dengan jayanya. Ingat, anda harus buat apa yang anda sukai dan sukai apa yang anda buat.:)


2. Cuci mata dengan journal


Mencari research article di dalam journal memang sesuatu yang agak membosankan. Walaubagaimanapun, perasaan tersebut hanya akan dialami oleh mereka yang tidak ikhlas dan tidak mempunyai objektif yang jelas di dalam pencarian mereka. Objektif yang jelas di sini bukanlah bermaksud anda telahpun mempunyai tajuk tetapi ia lebih kepada matlamat untuk menulis thesis yang bagus dan sempurna. Sambil anda melihat-lihat apa yang boleh ditawarkan oleh journal, jangan lupa untuk take note tajuk/isu yang anda temui. Cara yang agak mudah untuk memilih tajuk dari kaedah ini adalah dengan mengenalpasti tajuk/isu apa yang paling mudah/banyak anda temui.


3. Mulakan dengan data. 


Menurut mereka yang pakar, intipati penyelidikan adalah data dan data yang dipilih harus bermula dengan framework yang bagus manakala framework pula datangnya dari literature review yang munasabah. Walaubagaimanapun, adakalanya bermula dengan meninjau-ninjau data, anda boleh cuba mengaitkan satu data dengan yang lain secara logik akal. Misalnya, data berkaitan statistik pelancongan di sesuatu tempat mungkin boleh dikaitkan dengan kadar pelancong atau pertumbuhan ekonomi negara untuk masa depan. Jika logik akal anda boleh digunapakai, tidak mustahil untuk anda menemui journal yang berkaitan dengannya.


4. Buka fikiran anda kepada isu-isu semasa.


 Isu-isu semasa adalah pencetus idea yang paling spontan. Pada peringkat ini, anda harus menjadi lebih 'ambil tahu' tentang apa yang berlaku di persekitaran anda. Samada melalui internet mahupun televisyen atau majalah, sikap prihatin anda pasti akan membuahkan sesuatu idea yang boleh diterjemahkan kepada suatu pernyataan masalah (problem statement). Yang pentingnya, anda harus melihat dan mendengar isu-isu semasa ini dengan sepenuh perhatian lalu memikirkan tentangnya secara lebih kritis dan kreatif.




P/s: Harap dapat hasilkan thesis yang terbaik..Buat sehabis baik seolah-olah ia menjadi kayu pengukur kpd kita..(4 tahun amik ijazah tuu..perit.....)

9 comments:

  1. patut la macam kenal jek aku tengok.. rupanya blok ko abe.. haha.. btw gud information.. nice job kid :D

    ReplyDelete
  2. patut la macam kenal jek aku tengok.. rupanya blok ko abe.. haha.. btw gud information.. nice job kid :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. lah.nice job kid..hahaaa..aku tgh trauma cri tjuk tesis..hahhaa..mencetus idea sikit..

      Delete
  3. cari tajuk pun dah kena patbelas kali tukar.. haiyooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kena confirm kt supervisor..minta pendapat penyeliaa..kita sama..huhuhu...:0

      Delete
  4. Rasa nak nanges cari tajuk T_T

    ReplyDelete
  5. susah nak cari tajuk. ni pun masih mencari tajuk t_t

    ReplyDelete
  6. Ada idea tak tajuk thesis untuk diploma perancangan bandar 😥😥😣😣😣

    ReplyDelete