Sunday, December 23, 2012

ILMU RANCANG: Apa itu METROTOWN?

Assalamualaikum..w.b.t
Salam Perjuangan
Salam Persahabatan.
Salam 1 Malaysia

Metro Town (Bandar Metro)

Bila sebut je Metro Town mesti terfikir tentang bandar yg serba lengkap dgn kemudahan- kemudahan asas yang 'high class'. Tetapi bukan itu saja, Bandar Metro bolehlah didefinisikan sebagai sebuah perkampungan bandar. Ia lebih merujuk kepada bandar satelit. Konsep perancangannya sama seperti bandar satelit iaitu bertujuan menampung pembangunan dan populasi yang telah padat di bandar metropolitan utama. Sebagai contoh di Malaysia ialah Bandar Petaling Jaya yang dibuka bagi mengurangkan tekanan pembangunan di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Bandar Metro merujuk kepada sebuah ‘unit titik pertumbuhan baru’ yang bertujuan untuk menyahpusatkan (decentralized) pembangunan di pusat bandar metropolitan utama bagi mencapai  agihan populasi yang sekata dalam wilayah metropolitan. Sebuah pihak berkuasa tempatan tunggal memiliki tanah itu dan bertanggungjawab menyatu, mengintergrasi, merancang, serta membangunkan gabungan pembangunan itu secara efektif.



Ciri- Ciri & Fungsi Bandar Metro

           Ciri-ciri bandar metro adalah dari segi saiznya yakni kurang padat dari segi populasinya. Bermaksud, ianya kurang padat berbanding bandar metropolitan utama. Dari segi lokasi pula, lazimnya terletak beberapa kilometer daripada bandar metropolitan utama dengan jarak yang tidak terlalu jauh bagi memudahkan penyaluran limpahan pembangunan dan populasi dari kawasan pusat bandar metropolitan utama ke kawasan bandar-bandar metro ini.

Bandar –bandar metro dan pusat bandar metropolitan masing-masing saling bergantungan antara satu sama lagi dari segi sosial dan ekonominya.Ia berfungsi untuk menyahpusatkan (decentralized) aktiviti sosioekonomi sesebuah pusat bandar tanpa melampaui fungsi-fungsi utama pusat bandar di dalam kompleks metropolitannya (perhubungan keduanya adalah bersifat simbiotik).  Bandar metro seharusnya membantu untuk mengurangkan trafik bandar semasa waktu-waktu kemuncak (rush hour periods).
                Walaupun bandar-bandar metro membentuk kluster wilayah yang memenuhi satu sama lain dan setiap unit menjalankan fungsi-fungsi masing-masing didalam perpaduan ini untuk asas ekonomi sejagat. Namun begitu, ekonomi utama, dan institusi sosial metropolis masih terletak di pusat bandar. Bandar metro mempunyai keadaan fizikal yang berbeza daripada zon-zon penampan (greenbelts)   bersebelahannya. Ia mempunyai kepelbagaian gunatanah dan peluang-peluang pekerjaan dalam industri dan komersil.

                Meskipun begitu, komuniti bandar metro tidaklah sepenuhnya self-contained atau berkendiri (self-sustaining), ia masih bergantung kepada pusat bandar dan komersil utama dan mempunyai kemudahan kesihatan, sosial dan budaya, kepelbagaian jenis perumahan, sosioekonomi serta kumpulan umur. Aliran pengangkutan yang pesat menjadi tunjang utama dalam menghubungkan bandar-bandar metro dengan bandar-bandar pusatnya. Sebagai contoh di bandar metropolitan Baltimore dan Kansas,  sesebuah unit bandar metro dijangkakan mampu menampung populasi sebanyak 100,000 hingga 200,000 sama seperti bandar bandar baru Inggeris yang dibina pada tahun 1960-an.
Apa yg anda faham tentang Bandar ini?
Keseluruhannya, bandar metro dirujuk sebagai corak wilayah bersepadu komuniti-komuniti satelit berkluster yang menyokong pembentukan sebuah pusat bandar metropolitan. Bandar – bandar metro dibina untuk menyahpusatkan (decentralize) sesetengah fungsi pusat bandar dan lazimnya berkaitan dengannya secara simbiotik. Bandar-bandar metro bergantung kepada rangkaian pengangkutan yang menghubungkan kesemua pusat-pusat wilayah kluster. Ia juga mempunyai bentuk fizikal yang berbeza, kepelbagaian guna tanah, kepelbagaian sosio ekonomi dan kumpulan umur, dan kepelbagaian peluang pekerjaan.

 Perkembangan sesebuah bandar di Malaysia pada ketika ini ditentukan oleh jaringan internet, e-mel, sistem komputer, dan sistem telekomunikasi canggih yang menjadi medium utama untuk menyebarkan inovasi-inovasi baru berkaitan dengan urbanisasi. Projek Koridor raya Multi Media ( MSC) menjadi model dan pemankin utama untuk mewujudkan bandar-bandar baru seterusnya mewujudkan bandar metro yang terkemuka.

No comments:

Post a Comment