Sunday, December 30, 2012

LENSA: Tips menjaga kamera DSLR

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Perjuangan..
Salam Persahabatan..
Salam Satu Malaysia..

Kali ini nk crita sikit tips menjaga kamera dslr dgn baik..okla..haritu ada sikit search2 internet from mr.google..then dptlah satu tips yg menarik utk dikongsikan bersama..kamera pun mcm manusia juga kna dicuci,diservis,dijaga dgn rapi baru OK!Harap tips ni amat berguna utk mereka yg menggemari bidang photography ni..=)



1. Bersihkan lepas guna
Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air. Barulah bila tangkap gmbar jer..nmpak clear..kan hasilnya lg baik..=)
2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan
Jangan biarkan kamera korang berjemur, nanti kamera korang sunburn..hehe..Kdg2 sinaran matahari juga boleh effect pd kamera..mcm kita juga..xboleh berjemur..nanti demam..aaahh..kamera pun sama..lame2 memberi kesan pada strukturnya. 
3. Elak terkena air
Anggap ke kamera korang tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang korang selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan. Kalau korang biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas.
4. Gantung
Jadikan menggantung kamera di leher sebagai habit. Tak pun korang lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai. Hati korang pun akan berkecai sekali..hehe.
5. Gel Silika
Wajib ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.
6. Filter
Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau korang beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens.
7. Screen Protector
Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.
8. Pasir
Seelok-eloknya elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr korang dengan kain atau plastik.
9. Jangan, jangan dan jangan
Jangan pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.
10. Sejuk ke panas
Kalau korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.



Info:


  1. Jangan tukar lensa di dalam keadaan yang berhabuk.Gantung tali kamera di leher dan tukar lensa dalam keadaan sensor menghadap ke bawah. 
  2. Dengan ini tiada habuk yang jatuh dari atas dan masuk ke dalam kamera. 
  3. Tukar lensa sepantas mungkin.
  4.  Pastikan penutup belakang lensa telah dilonggarkan sebelum mencabut lensa yang terpasang di kamera.
  5. Tahan nafas ketika menukar lensa dan jangan sama sekali menghisap rokok semasa menukar lensa.
  6.  Jika sensor anda sudah dicemari habuk, anda boleh mencucinya dengan kit yang boleh didapati      di kedai kamera atau hantar sahaja ke pusat servis yang bertauliah.




No comments:

Post a Comment